𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐌𝐁𝐒𝐀
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 pada 24 April 2026 (Jumaat) bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam.
Majlis ini dianjurkan setiap tahun bagi menghargai jasa dan komitmen kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, di samping mengangkat peranan MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya warga Shah Alam.
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 telah diserikan dengan kehadiran oleh Y.B. Dato' Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor bersama YBhg. Dato’ Zabidah binti Safar, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir, YBrs. Ahli-Ahli Majlis MBSA dan pengurusan MBSA.
Seramai 125 orang warga kerja MBSA dari pelbagai gred dan jawatan telah diiktiraf untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025. Selain itu, seramai 24 orang menerima Anugerah Khas Perkhidmatan, manakala 6 orang menerima Anugerah Khas Pencapaian Sukan. Turut disampaikan Anugerah Khas Datuk Bandar kepada dua pegawai serta satu jabatan.
Majlis ini diharap dapat terus menjadi pemangkin motivasi kepada seluruh warga kerja MBSA untuk meningkatkan prestasi serta memperkukuh budaya kerja cemerlang ke arah menjadikan MBSA sebuah organisasi yang progresif dan berdaya saing.
#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan