𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐆𝐄𝐑𝐎𝐁𝐎𝐊 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈 𝐌𝐁𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐒𝐓𝐀𝐐𝐈𝐌𝐀𝐇, 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟕 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3 telah melaksanakan Program Gerobok Rezeki di Surau Al-Mustaqimah, Seksyen 7, Shah Alam sebagai inisiatif memperkukuh jaringan kebajikan serta kesejahteraan komuniti setempat.
Melalui program ini, sebuah gerobok khas disediakan bagi menempatkan pelbagai barangan keperluan harian untuk dimanfaatkan oleh golongan yang memerlukan, selaras dengan konsep “ambil sekadar perlu, beri jika mampu” yang menggalakkan semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat.
Selain itu, sumbangan turut disalurkan kepada pihak surau bagi menyokong penganjuran aktiviti komuniti serta memperkasakan peranan institusi keagamaan sebagai pusat pembangunan sahsiah dan perpaduan masyarakat.
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nur Yusmi binti Mohd Yusop, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3. Turut hadir, YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBSA.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MBSA dalam memperkasa kesejahteraan sosial serta memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti ke arah merealisasikan bandar raya yang inklusif, sejahtera dan berdaya huni.
#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan