MBSA : PROGRAM SUMBANGAN PRIHATIN MBSA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2026

 
10/02/2026

Sekitar program Sumbangan Prihatin MBSA sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2026 pada 10 Februari 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Anggerik Eria MBSA, Seksyen 31 Shah Alam.

Pihak MBSA melalui kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU) Selangor telah mengenal pasti seramai 50 orang penerima yang terpilih. Penerima telah menerima sumbangan berupa set hamper barangan yang bernilai RM200 dan wang tunai bernilai RM100. Penerima sumbangan terdiri daripada golongan B40, warga emas, golongan OKU serta penduduk di sekitar Shah Alam yang kurang berkemampuan.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir, YBrs. YM Tengku Ahmad bin Tengku Kasim, Ahli Majlis MBSA, YBrs. Encik Jacky Ng Chee Eng, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 12, YBrs. Ahli-Ahli Majlis, YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) merangkap Pengarah Pembangunan Komuniti serta pengurusan tertinggi MBSA.

​​