Perkhidmatan kutipan sampah kebun / pukal berbayar melalui sewaan Tong Roll-On Roll Off (RORO) merupakan satu kemudahan perkhidmatan berbayar, bagi pembuangan sampah kebun / pukal yang melebihi had buangan (3 beg plastik hitam) bagi sesebuah rumah, khas untuk penduduk Shah Alam. Perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan keprihatinan penduduk Shah Alam tentang pengurusan sampah kebun / pukal dengan cara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Tong Roro
Jenis Sampah Yang Dibenarkan
- Sampah kebun / cantasan pokok
- Sampah pukal / perabot
Jenis Premis Yang Dibenarkan
- Premis kediaman
- Premis komersil
- Pangsapuri kos sederhana / kondo
Kadar Bayaran
Kadar Harga 1 Trip RORO Mengikut Jenis Premis |
| Kediaman | Komersil | Pangsapuri Kos Sederhana / Kondominium
|
Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian (online) dengan memuat turun aplikasi myMbsa di playstore (android) atau App Store (ios) dan seterusnya ke MyTempahan.
Permohonan dan pembayaran (secara atas talian) hanya akan diproses
selepas temujanji dibuat bersama penyelia bagi menetapkan tarikh
penghantaran yang sesuai. Pemohon digalakkan untuk meneliti dan mengisi permohonan dengan lengkap bagi mengelakkan kekeliruan berkenaan proses pembayaran dan penghantaran.
Hubungi :
Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Telefon : 03-5510 5133 sambungan 1645
Emel : sisapepejal@mbsa.gov.my
atau
Muhammad Hazwan bin Hassan : 017-9236675 atau m.hazwan@mbsa.gov.my
Saari Bin Osman : 012-3617082
test