Perkhidmatan Sewaan Tong Sampah Untuk Majlis Kenduri Kahwin/ Keraian

​Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah mewujudkan perkhidmatan sewaan tong sampah (MGB) 660 liter untuk majlis kenduri kahwin atau keraian dimana perkhidmatan ini bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan bantuan tong sampah sewaan kepada pihak yang mengadakan program keraian atau majlis perkahwinan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.

Cara Memohon

  1. ​Pemohon mengisi borang PB-1 di k​aunter G 

  2. (Lampiran A & Lampiran B)

  3. Permohonan hendaklah dibuat DUA MINGGU SEBELUM dari tarikh majlis.

  4. Pemohon terus membuat bayaran RM100.00 di kaunter pembayaran

  5. Salinan resit pembayaran hendaklah dihantar ke kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Tingkat 4 bersama-sama  dengan borang PB-2 (Lampiran B)

  6. Pihak Jabatan menerima borang permohonan dan perlu membuat satu salinan borang PB-2 kepada pemohon dan pihak jabatan mengambil borang permohonan asal untuk proses selanjutnya

  7. Pihak Jabatan perlu membuat satu salinan resit pembayaran yang telah dibuat oleh pemohon untuk pengesahan pembayaran.

  8. Pihak Jabatan akan memproses permohonan tong sampah dan akan membuat proses penghantaran.​​


Gambar Tong Sampah


Kadar Bayaran​​

​SAIZ / KAPASITI
​BERAT MUATAN
​HARGA
3 tong MGB 660L
660 x 3 Unit
RM 100.00 / Sekali Tarik

Bora​​ng

  1. ​Borang Permohonan Sewaan Tong Sampah Borang Permohona Sewaan Tong Sampah
  2. Borang Butir-Butir Peminjam Borang Butir Peminjam

Hubungi ​​​

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Lif A,​ Tingkat 4, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor

​No. Tel​:​​03 - 5510 5133
No. Faks​:​03 - 5512 7014
​Emel​:​sisapepejal@mbsa.gov.my​​​​