PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA - WAKTU PENGOPERASIAN DAN LALUAN BAS SELANGORKU




bas selangorku

bas selangorku



​​


Dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Penyediaan bas ini bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.

Bil ​Hentian
​1.​ ​Stesen Komuter, Seksyen 19
​2. ​Balai Bomba, Seksyen 15
​3. ​Dataran Shah Alam/ Wisma MBSA, Seksyen 14
​4. ​Bangunan SUK (Pintu Masuk Utama), Seksyen 5
​5. ​Pasar Seksyen 6
​6. ​Pondok Bas Seksyen 4
​7. ​SK Raja Muda, Seksyen 4
​8. ​SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2
​9. ​Hentian Bas, Seksyen 2
​10. ​Persiaran Institut (Pintu masuk utama UiTM), Seksyen 1
​11. ​Persiaran Institut (Pangsapuri Baiduri), Seksyen 7
​12. ​Persiaran Institut (UNISEL), Seksyen 7
​13. ​Persiaran Kayangan (UNISEL), Seksyen 7
​14. ​Persiaran Bestari (Tasik), Seksyen 7
15.​ ​Persiaran Bestari (Pangsapuri Nilamsari), Seksyen 7
16.​ ​Persiaran Bestari (SK Seksyen 7), Seksyen 7
​17. ​Persiaran Bestari (Masjid), Seksyen 7
​18. ​Persiaran Permai (Blok 4), Seksyen 7
​19. ​Persiaran Permai (Blok 31), Seksyen 7
​20. ​Persiaran Permai (SJK (T) Ladang Midlands), Seksyen 7
​21. ​Hentian Jakel, Seksyen 7
22.​ ​Hospital Shah Alam, Seksyen 7
​​​
Muat Turun
klik untuk muat turun imej yang lebih besar

Waktu pengoperasian bas ini dari jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam dengan kekerapan perjalanan adalah selama 15 minit untuk sampai ke setiap hentian. 

Untuk makluman awam, Bas Selangorku akan melalui bangunan kerajaan iaitu Bangunan SUK, Seksyen 5 mengikut waktu tertentu sahaja iaitu bermula pada jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja (hari bekerja). Manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula, perkhidmatan Bas Selangorku tidak melalui laluan ke Bangunan SUK, Seksyen 5.