AMALAN P​ERSEKITARAN BERKUALITI QE5S​​

Pengenal​​an

5S adalah amalan pengurusan yang teratur dan melibatkan 5 komponen yang utama iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal untuk menghasilkan persekitaran tempat kerja yang bersih dan harmoni di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan perkhidmatan selaras dengan standard yang telah ditetapkan.​​

Sejarah 5S di M​​BSA

  1. ​MBSA m​​​ula terlibat dalam aktiviti 5S pada a​wal tahun 2000​.

  2. Mendapat Anugerah Persijilan 5S oleh N​PC pada 20 September 2000.

  3. Sebuah unit latihan yang dibentuk dengan hanya​ 2 orang warga kerja untuk menyelia aktiviti 5S.

  4. ​Hingga kini di satukan bersama Unit Kualiti di satukan bersama Unit Kualiti maka terbentuklah Bahagian Latihan​ dan Kualiti yang terdiri daripada 6 warga kerja.

  5. Pihak Pengurusan MBSA telah bersetuju untuk melaksanakan akiviti 5S secara menyeluruh pada tahun 1999. Aktiviti dimulakan dengan mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar daripada National Productivity Corporation (NPC) dan melaksanakan taklimat kepada pihak pengurusan. Lantaran itu dari itu, Jawatankuasa Kualiti Dan Produktiviti MBSA serta Sub Komiti QE-5S MBSA telah diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan program 5S yang berkesan.

  6. 5S MBSA telah dilancarkan pada 22 April 2000 oleh YB. Dato' Ambrin Buang yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu.

  7. ​Aktiviti amalan persekitaran berkualiti QE 5S ini dilaksanakan secara berperingkat dengan pelaksanaan aktiviti Seiri, Seiton, Seiketsu, Shitsuke di seluruh pejabat MBSA.

  8. ​​Berkat usaha dan ​​​​​​kerjasama dari segenap lapisan warga kerja, MBSA telah berjaya mendapat pensijilan Amalan 5S oleh NPC ini masih diteruskan sehingga kini dan MBSA telah melaksanakan amalan persekitaran berkualiti lebih 1 dekad.​

Pencapaian 5S

Tahun ​2​​013

  1. Anugerah EMAS Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Wilayah Tenga​h.

  2. Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S
    (23 April hingga 22 April 2014).

  3. Quality Environment System (5S) Specialist Programme
    (17 April 2013 - 16 April 2015).

  4. Penarafan 3 bintang Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE-5S) Peringkat Kebangsaan 2013 pada 1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang​.

  5. Juara Sektor Kateg​ori Badan Berkanun (Negeri) Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE-5S) Peringkat Kebangsaan 2013 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang​.

  6. ​​Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S sehingga 22 April 2014​.​​​

Tahun 20​12

  1. ​​Pertandingan Konvensyen ICC/QE Peringkat Wilayah Selatan 2012 – 3 bintang.

  2. Pertandingan Konvensyen ICC/QE Peringkat Kebangsaan 2012- Johan Sektor Awam (Badan Berkanun) Kategori Negeri dan Anugerah EMAS Tahun 2012.

  3. Pengiktirafan Total Quality Fast Track Model oleh SIRIM – PBT Pertama yang dapat dan dianugerahkan pada 23 November 2012​.

Tahu​n 20​08

  1. Anugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), 2008.

  2. Anugerah Khas Sektor Awam Peringkat Kebangsaan anjuran NPC.​