P​ERANCANGAN STRATEGIK MBSA 2​​​​​010 - 2015​​

​​​Pelan Perancangan Strategik MBSA 2010 - 2015 digubal dengan mengambil kira segala keperluan untuk memenuhi objektif pembangunan dan hala tuju negeri Selangor iaitu menjadikan Selangor negeri idaman, maju dan sejahtera.

Pelaksanaan Pelan Stategik ini memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan bandar raya Shah Alam agar mencapai ciri-ciri kecemerlangan berikut:

  1. ​​​​Perkhidmatan bandar yang berkualiti tinggi, cekap dan proaktif kepada komuniti.

  2. Komuniti yang selamat, aktif, berketerlibatan dengan kejiranan yang menggembirakan.

  3. Penyelenggaraan alam sekitar yang segar, sihat sejahtera, menarik dan lestari.

  4. Infrastruktur dan peluang-peluang perniagaan yang amat menggalakkan.

  5. Sistem perhubungan yang selamat, lancar dan selesa.

  6. Ekonomi yang kukuh dan berdaya saing.

  7. Pentadbiran bandar raya yang profesional, telus, beramanah, responsif dan berinovasi.