PERMIT JUALAN/ PROMOSI

Pengenalan                 

Permohonan Permit Promosi adalah untuk peniaga-peniaga yang hendak mengadakan promosi jualan di pusat beli belah/ di dalam gudang/ di kawasan lapang/ di hadapan premis perniagaan.  

Cara Memohon 

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G dan Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13.
  2. ​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan
  3. Borang Permohonan Permit Promosi​ yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G.

Garis Panduan

Sertakan satu (1) salinan bagi setiap dokumen berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Lesen Perniagaan/ Pendaftaran Perniagaan.
  3. Surat Kebenaran Pemilik Bangunan / Tanah.
  4. Pelan Lokasi  Tapak Perniagaan.
  5. Surat Kebenaran dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika mengadakan jualan murah.​​

Syarat

Permohonan permit promosi ini hendaklah diisi dua (2) minggu sebelum tarikh jualan berlangsung.​

Tempoh Bayaran

Bayaran permit jualan/promosi perlu dibuat sebelum aktiviti dijalankan setelah mendapat surat kelulusan.​   

Kadar

Bil​ Perkara Pengurusan​​

​Kadar​ Sebulan​

1. Jualan Promosi​

Individu/ Syarikat​​
  • Hadapan Premis
RM 350.00 (Permit Jualan)
RM150.00 (Permit Khemah)
  • Gudang
RM 1000.00 (Permit Jualan)
  • Ruang Legar Kompleks Beli Belah​
RM 500.00 – RM1000.00 (Permit Jualan)
  • Booth/ Kiosk Dalam Kompleks Beli Belah
RM 30.00/ booth (Permit Jualan)
  • Mengikut Lokasi Permohonan 
RM 50.00 – RM 150.00 (Permit Jualan)
2. Buah-Buahan Bermusim
Individu
RM 300.00 (Permit Jualan)
RM 500.00 (Cagaran)
3. Karnival/Ekspo Individu/ Syarikat​ RM 50.00 /Khemah​


Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​GST
Jumlah Selepas
GST​
​Jenis​​%
Bayaran Proses PermohonanRM 10.​00​SR​6​RM 10.60
​Penjualan PatilRM 5.00​​SR​6​RM 5.30​

​​
SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)​​​

Muat Turun 

  1. Carta Alir​​​ Permohonan Permit Jualan / PromosiMuat Turun 
  2. Borang Permohonan Permit Jualan / Promosi​ Muat Turun

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

Garis Panduan Permohonan  Lesen/Pekeliling/Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, ​Perindustrian dan Perniagaan (MBSA) 2007.​​ 

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi ​Kaedah
  1. Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA​
  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA
  1. ​​​Tunai
  2. Kad Kredit
  3. Cek
  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​

Hubungi

Unit Penjaja,
Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

 

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1303/1396/1366/1549/1317
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my