SOCCER KIDS​

Pengenalan​

Akademi Soccer Kids Shah Alam adalah ​program yang dirangka khas untuk Pembangunan Sukan Bola Sepak di kawasan Shah Alam bagi kanak-kanak yang b​erusia 5 – 15 tahun. Tujuan akademi ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan serta menarik minat kanak-kana​k dalam menceburi sukan Bola Sepak di peringkat awal. Memandangkan akademi ini sangat me​narik dan mampu memberi impak yang positif kepada peserta, Datuk Bandar telah bersetuju untuk mengambil program  ini sebagai salah satu Program Pembangunan Sukan di Shah Alam. Program ini telah dijalankan di MBSA sejak Februari 2010 dan sambutan penyertaan sangat memberangsangkan.​

Kumpulan Sasaran

1. Akademi ini mensasarkan penyertaan daripada anak-anak di seluruh kawasan Bandaraya Shah Alam yang berumur antara 5 tahun hingga 15 tahun.
2. Peserta akan dibahagi kepada 4 kumpulan umur iaitu:

  • Kumpulan 1     :   13 tahun – 15 tahun
  • Kumpulan 2     :   9 tahun – 12 tahun 
  • Kumpulan 3     :   8 tahun – 11 tahun
  • Kumpulan 4     :   5 tahun – 7 tahun

3. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang jurulatih dan akan menjalani corak latihan dan pendedahan yang sistematik mengikut kumpulan umur.

Hubungi​​

Bahagian Belia dan Sukan,
Jabatan Korporat MBSA,
Tingkat G, Wisma MBSA
Tel : 03-5522 2742