​PENGENALAN ANULA​​E

Amalgamalated National Union Local Authorities Employees (ANULAE) atau Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Semenanjung Malaysia. 

Tujua​n

  1. Memajukan kepentingan ahli dalam perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan.

  2. Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja, masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan memberi nasihat serta bantuan mengenai perkara-perkara tersebut.

  3. Mengatur perhubungan di antara pihak majikan dan pekerja.

  4. Memajukan kebajikan ahli dari segi kebendaan, kemasyarakatan dan pelajaran.

  5. Memberi bantuan guaman kepada ahli jika diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

  6. Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli.

  7. Menganjurkan kursus, seminar dan dialog.

  8. Menerbitkan berita atau majalah.

  9. Mengadakan kumpulan wang kebajikan untuk ahli.

  10. Mendorong ahli kepada perasaan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

  11. Meningkatkan kecekapan serta disiplin di kalangan ahli.

  12. Mengembangkan kesedaran kepada ahli tentang kesedaran bertugas yang mengatasi segala rintangan social.

  13. Menggalakkan pelaburan dalam syarikat kerjasama atau perusahaan atau perdagangan.​