PERMOHONAN SERENTAK

Pengenalan

​Terdap​at beberapa jenis permohonan serentak yang dikemukakan di Kaunter OSC. Tempoh piagam bagi permohonan ini adalah 40 hari. Pemohon akan diberikan tarikh temujanji jika permohonan oleh pihak pemohon lengkap diterima. Berikut adalah jenis-jenis permohonan serentak yang dikemukakan di Kaunter OSC:

  1. ​​Permohonan Serentak​ Kaedah 1

    Permohonan ini melibatkan perihal tanah , kebenaran merancang , pelan bangunan dan pelan kejuruteraan.

    Makluman:
    Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada tarikh 24 November 2010 (54) dlm.mmk.sel(r)31001/7/18 Jilid 49 24/11/2010  telah memutuskan bahawa bagi mana-mana permohonan yang belum menjelaskan bayaran premium tidak dibenarkan untuk memohon kelulusan pelan bangunan sehingga semua urusan berkaitan perihal tanah diselesaikan. 

  2. Permohonan Serentak​ Kaedah 2
    Permohonan ini melibatkan perihal tanah dan kebenaran merancang 

  3. Permohonan Serentak Kaedah 3​​ 

    • ​​Permohonan ini melibatkan kebenaran merancang , pelan bangunan dan  pelan kejuruteraan.

    • Permohonan ini melibatkan kebenaran merancang dan Pelan bangunan  (jika tidak melibatkan pelan kejuruteraan seperti tambahan).

    • Permohonan ini melibatkan kebenaran merancang dan  pelan kejuruteraan​​. 

  4. Permohonan S​​​erentak​ Kaedah 4
    Permohonan ini melibatkan pelan bangunan dan pelan kejuruteraan.

    Makluman:

    • ​Untuk mengemukakan permohonan kaedah 3 dan kaedah 4, pastikan dokumen hakmilik anda adalah hakmilik terkini yang telah selesai urusan perihal tanah. 
    • Surat wakil kuasa (powe of attorney), perjanjian usahasama (JV agreement), perjanjian jual beli (sale and purchase) dan perjanjian sewa (tenancy agreement) adalah diperlukan jika permohonan berlainan pemilik dan pemohon.

Muat Turun​

  • Borang Semakan Permohonan Serentak. Muat Turun Borang Semakan Permohonan Serentak
  • Rujukan Perunding 

Kaedah Bayaran

​​Lokasi​​​​

​Ka​ed​​​ah

  1. ​​Kaunter Utama,
    Lif A, Tingkat G, Wisma MBSA.

  2. Kaunter OSC,
    ​Tingkat LG , Wisma MBSA.

  1. ​​​Tunai.

  2. Cek / Bank Draf
    Bayaran hendaklah dibuat didalam 2 cek / bank draf berasingan atas nama :​​
    • ​​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM  - bagi ​bayaran proses.
    • ​​​MBSA – AKAUN CAGARAN - bagi bayaran ​cagaran​​.

​​​Hubungi​

​​Kaunt​​er OSC,
Jabatan Pusat Setempat (OSC),
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tingkat LG, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, ​Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 03-5522 2890  atau 03-55105133 sambungan 1412 /1450
Faks     : ​03-5510 2970
​Emel     : osc@mbsa.gov.my​​​​​​​