SHAH ALAM ​​​​​ON WHEEL​​

Pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels​​

  1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengubahsuai sebuah bas untuk dijadikan sebagai Pejabat bergerak yang dikenali sebagai Shah Alam On Wheels.

  2. Shah​ Alam On Wheels ini merupakan komitmen dan inisiatif pihak MBSA untuk menambahbaik sistem penyampaian (delivery system) melalui konsep turun padang untuk memudahkan orang ramai berurusan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu berurusan atau hadir ke Pejabat Utama di Wisma MBSA mahupun ke Pejabat Cawangan.​​

Perkhidmatan Yang Disediakan​​

  1. Semakan dan mencetak bil cukai taksiran.

  2. Semakan dan mencetak penyata cukai taksiran.

  3. Pemohonan/pembaharuan lesen/khidmat rundingcara.

  4. Semakan status permohonan lesen.

  5. Semakan kompaun​.

  6. Semakan dan pembayaran kompaun.

  7. Membuat aduan.

  8. Semakan status/ulangedar aduan.

  9. Jualan kupon parking.

  10. Jualan buku pelan setara/rund​ingcara​.

Operasi Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels

  1. Pergerakan Shah Alam On Wheels diselaraskan oleh Jabatan Korporat dan  bergerak ke lokasi mengikut jadual yang akan dtetapkan.   

  2. Shah Alam On Wheels juga beroperasi semasa program dan juga aktiviti anjuran Majlis bagi memudahkan orang ramai berurusan.  

  3. Selain itu, Shah Alam On Wheels juga bergerak ke lokasi tumpuan orang ramai khususnya di kawasan pasaraya.

  4. Perkhidmatan juga akan diberikan sekiranya ada permohonan dan permintaan daripada pihak-pihak tertentu khususnya Majlis Perwakilan Penduduk, Persatuan Penduduk, Badan Bukan Kerajaan (NGO)​.

​​Wakt​​u Operasi      

H​A​RI ​MASA ​TEMP​AT
Sabtu (lokasi yang ditetapkan oleh Majlis)

Ahad (program anjuran MPP/NGO)

11.00 pagi – 5.00 petang
Tempat tumpuan ramai seperti kawasan komersial/perniagaan/perumahan/pasaraya/ kompleks beli belah/pasar pagi/padang awam​.​

Lokasi    

MINGGUTEMPAT
Minggu Pertama
Pasaraya AEON Big, Bukit RImau, Seksyen 32, Shah Alam
​Minggu Kedua​​Pasaraya Giant, Seksyen 18, Shah Alam
​​Minggu Ketiga ​Pasaraya Tesco Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam
​​MInggu Keempat​Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam​

​   * Lokasi ini tertakluk kepada perubahan 


Shah Alam On Wheel
Shah Alam On Wheel
Shah Alam On Wheel