PENGENALAN 

​Kepesatan pembangunan Shah Alam semakin pesat dari sehari ke sehari lebih – lebih lagi  setelah dinaik tarafkan  sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000.  Shah Alam ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA). Sebagai pentadbir ibu negeri Selangor maju, MBSA berusaha untuk mewujudkan  pembangunan perbandaran yang  seimbang dari segi sosial, alam sekitar dan ekonomi bagi kesejahteraan warganya.

MBSA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan perbandaran seperti perancangan, pembangunan, penyediaan kemudahan asas intrastruktur, pembersihan, kesihatan awam, tanah perkuburan, keindahan landskap, keceriaan bandar raya dan pelbagai lagi. 

Tugas MBSA  turut meliputi pembangunan insaniah dengan menganjurkan program –program kemasyarakatan berlandaskan konsep mesra rakyat untuk semua lapisan masyarakat, menyalurkan bantuan kemiskinan, bencana alam, membanteras gejala sosial serta membantu golongan ibu tunggal dan warga emas.

Gambar MBSA