MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK​​

Pengenalan

  1. Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam ditubuhkan pada Mac 2003 dan dilancarkan  secara rasminya  oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor ketika itu. Dengan wujudnya MPP ini, kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dibahagikan kepada kepada 12 Zon.

  2. Walau bagaimanapun, arahan dari Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat  Kerajaan Tempatan Bil3./2008 mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor menubuhkan  24 Zon MPP.

Tujuan Penubuhan MPP

  1. Memperkukuh dan memperkemaskan fungsi dan tugas Majlis.

  2. Memperkasa peranan Ahli Majlis sebagai ejen yang menghubungkan antara Majlis dan penduduk.

  3. Menjadi perantara menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada Majlis.

  4. Menggalakkan penyertaan komuniti dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis.

  5. Memantau aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai persatuan penduduk di Zon.

  6. Melaksanakan aktiviti Local Agenda 21 ke arah pembangunan MAMPAN.

Struktur Organisasi​

Struktur Organisasi MPP terbahagi kepada 2 peringkat

  1. MPP Induk

  2. MPP Zon​

Struktur Pentadbiran

Penasihat ​: Datuk Ba​ndar​
Pengerusi :​ Timbala​n Datuk Bandar
​​​Timbalan Setiausaha ​: ​​​Timbalan Setiausaha
​Setiausaha ​: ​​​Pengarah Korporat
​​​​Bendahari ​: ​​Pengarah Kewangan​
​​Ahli Jawatankuasa​ ​: ​​​Semua Ahli Majlis
​: ​​​​​​Pengarah Jabatan
​: ​​Ketua Bahagian
​: ​​Pengurus Cawangan​​

Bidang Tugas MPP Induk              

  1. Mesyuarat 3 bulan sekali - Jawatankuasa Khas Majlis Perwakilan Penduduk.

  2. Kuasa melantik dan memecat AJK MPP ZON.

  3. Melaksana dan memantau semua jenis aktiviti di Zon.​

  4. Perancangan & kawalan bajet tahunan.​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​