Pejabat Cawangan Sungai Buloh

​Fungsi Pejabat Cawangan

  1. Menyediakan kemudahan bayaran bil setempat, pembaharuan lesen perniagaan, menerima aduan dan pertanyaan berkaitan MBSA.
  2. Menyelia dan memantau kerja-kerja pemborong/kontraktor yang dilantik oleh MBSA di bawah kawasan pentadbiran Pejabat Cawangan Sungai Buloh.
  3. Memproses dan membuat pengesahan dokumen bayaran pemborong/kontraktor di bawah seliaan Pejabat Cawangan Sungai Buloh.
  4. Mengambil tindakan ke atas aduan-aduan yang diterima melalui kaunter/surat/telefon/sistem e-aduan/emel dan lain-lain.
  5. Memberi khidmat nasihat bagi permohonan pelan setara dan tambahan pindaan bangunan.
  6. Memantau dan menguatkuasa undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh MBSA.
  7. Memantau dan memeriksa lesen perniagaan atau permit di premis-premis, penjaja-penjaja atau kiosk Majlis di Sungai Buloh.
  8. Menerima permohonan pertukaran alamat pemilik harta.

Piagam Pelanggan

  1. Menerima pembayaran bil dan mengeluarkan resit pembayaran serta-merta.
  2. Memberi maklumbalas aduan yang diterima dalam Sistem Aduan Awam MBSA dan kaunter serta surat pengaduan dalam tempoh lima(5) hari bekerja.
  3. Menjalankan siasatan penerimaan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja di semua Jabatan/Bahagian.
  4. Mengemukakan dokumen bayaran ke Jabatan Kewangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
  5. Menerima segala permohonan pertukaran alamat pemilik harta dan menghantar ke jabatan berkaitan dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
  6. Memproses bil dan mengeluarkan kenderaan serta merta selepas pembayaran kos penundaan dan kompaun dibuat.