JAWATAN KOSONG​

​Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.


BIL. ​
​JAWATAN ​​​GRED ​​ ​KEKOSONGAN
TETAP​KONTRAK
AGRED KENAIKAN PANGKAT
​1.​PENOLONG PEGAWAI PERTANIANG29​1
​2.PENOLONG ARKITEK LANDSKAPJA292
3.​PENOLONG PEGAWAI TADBIRN29
3

4.​PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKANS291

5.PEMBANTU AWAMH11
​4

6.PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)JA19​1
7.​​PEMBANTU KEMAHIRANH19

2


​​KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
G​​-​
Perkhidmatan Pertanian​
​H
​-​Perkhidmatan Kemahiran 
JA
​-Perkhidmatan Kejuruteraan
N
​-Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
S
​-
Perkhidmatan Sosial


​​SYARAT-SYARAT PERMOHONAN​


TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
  1. ​Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
  3. Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
  4. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
  5. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
  6. Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
  7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

​​​PERMOHONAN


Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Seksyen Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh iklan dikeluarkan :  19 September 2017
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 03 Oktober 2017



Muat Turun Senarai