Majlis Bandaraya Shah Alam Sedia Perkhidmatan Pengangkutan Percuma Kepada Golongan Kurang Upaya

 
​Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pengangkutan secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di hospital dan pusat rawatan di sekitar Lembah Klang. Kenderaan yang digunakan adalah sebuah van berjenama Toyota Hiace yang telah diubahsuai bersesuaian dengan keperluan golongan OKU.
Penyediaan perkhidmatan pengangkutan ini merupakan tanggungjawab sosial dan keprihatinan pihak MBSA untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke pusat rawatan dan hospital yang ditetapkan berikutan keperluan penyediaan  perkhidmatan pengangkutan kepada golongan OKU adalah terhad dan sukar untuk didapati.
Kenderaan ini dilengkapi dan disesuaikan untuk kegunaan golongan OKU dengan kemudahan ‘tail lift’ yang boleh menampung seseorang yang berkerusi roda. Van OKU juga hanya boleh memuatkan 2 orang penumpang dan seorang pemandu, ini kerana ruang bahagian kenderaan tersebut dikosongkan dan dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti tali pinggang bertujuan untuk memastikan kerusi roda tidak bergerak semasa kenderaan bergerak.
Van OKU ini akan beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu pejabat). Tempahan boleh dibuat seminggu sebelum penggunaan perkhidmatan ini dengan menghubungi Seksyen Kemasyarakatan dan Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Komuniti, MBSA di talian 03-5511 4246 / 03-5522 2742.  

 
Penggunaan kenderaan ini adalah khusus untuk warga Shah Alam sahaja. Perkhidmatan van OKU ini adalah untuk mereka yang ingin mendapatkan rawatan di hospital atau klinik di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang sahaja seperti :-
  1. ​Klinik Kesihatan dan Hospital Seksyen 7, Shah Alam;
  2. Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam;
  3. Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang;
  4. Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya;
  5. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras;
  6. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang;
  7. Hospital Sungai Buloh, Selangor.
    Shah Alam Trees For Life​​​​​​​Shah Alam Trees For Life
    oku3.jpg
    oku4.jpg
    ​​​ ​oku5.jpg