KUMPUL​AN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

Peng​​enalan

Program KIK​​ yang dulunya dikenali dengan KMK telah diperkenalkan sejak 14 Mac 1983 di mana buat pertama kalinya MBSA telah menganjurkan Konvensyen KMK/KIK Piala Dat​​​uk Bandar MBSA pada tahun 2010. Pada tahun 2010 hanya 4 jabatan sahaja yang bertanding iaitu Kejuruteraan, 2 daripada Hasil, Pelesenan dan Perancangan. Kumpulan Pro​vision daripada Jabatan Hasil telah Berjaya menjadi Johan Peringkat Negeri ​​Selangor dan akhi​rnya mewakili Kebangsaan di Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 27 Oktober 2010 anjuran INTAN. Kumpulan ini buat pertama kalinya mendapat Anugerah MAMPU Peringkat Kebangsaan. Pada tahun 2011, Konvensyen tidak dapat dijalankan kerana hanya 3 pasukan sahaja yang turut serta. Pihak urusetia telah memilih Kumpulan Urban Force daripada Jabatan Bangunan bagi mewakili terus ke peringkat Negeri Selangor dan Berjaya mendapat tempat ketiga.​ 

Pada tahun 2012 penyertaan bertambah kepada 11 pasukan seperti Perkhidmatan Bandar, Kewangan, Bangunan (2 pasukan), Pengurusan Hasil, Pelesenan , Penguatkuasaan, Sungai Buloh, Khidmat Pengurusan, ICT, Penilaian telah menyertai Konvensyen KIK Piala Datuk Bandar MBSA Tahun 2012 yang menjadi acara tahunan anjuran Bahagian Latihan dan Kualiti, Jabatan Khidmat Pengurusan. Pada tahun 2013 sebanyak 13 kumpulan KIK (Audit Dalam menarik diri di saat akhir) telah menyertai Konvensyen KIK Piala Datuk Bandar Tahun 2013. Hanya satu kumpulan yang menarik diri di saat akhir iaitu kumpulan Bahagian Audit Dalam dan Pengaduan Awam (Kumpulan O & C) - Tajuk : Kesukaran mengenalpasti status pada permit binaan sementara bangunan pejabat dan premis bangunan.

Obj​ek​tif

  1. Keupayaan mencipta cara bekerja atau menghasilkan inovasi.

  2. ​Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja.

  3. Semangat bekerja secara berpasukan.

  4. ​Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif.

  5. Dorongan kerja yang tinggi.

  6. ​Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan Negara.

  7. ​Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif.

  8. Pewujudan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja​.