​BAHAGIAN AUDIT dalam

Fungsi Bahagian

  1. Menjalankan Auditan Pengurusan Kewangan Majlis yang terdiri daripada elemen-elemen berikut :-
    • Kawalan Pengurusan Organisasi
    • Kawalan Bajet
    • Kawalan Terimaan
    • Kawalan Perbelanjaan
    • ​Kawalan Pengurusan Kumpulan Wang Amanah, Akaun Amanah Dan Deposit
    • Kawalan Pengurusan Aset, Inventori Dan Stor
    • Pengurusan Pelaburan
    • Pengurusan Pinjaman
    • Penyata Kewangan Majlis
  2. Menjalankan Auditan Prestasi terhadap projek-projek Majlis seperti Projek Penswastaan dan Projek Pembangunan bagi menentukan projek tersebut telah diuruskan dengan berekonomi, cekap dan berkesan serta mencapai objektifnya.
  3. Menjalankan pengauditan terhadap kontrak perkhidmatan / perolehan Majlis
  4. Menjalankan Auditan Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2008 DAN 5S (QE)
  5. Menyelaras dan memantau aduan awam yang diterima
  6. Menyelia dan menyelaras Pusat Aduan MBSA ( MBSA Call Centre)
  7. M​​enyelaraskan Laporan Prestasi Pengurusan Aduan Awam

Piagam Pelanggan

  1. Menjalankan 2 (Dua) Pengauditan Pengurusan Kewangan dan 2 Pengauditan Prestasi/Kajian Khas yang telah diluluskan dalam Perancangan Kerja Tahunan.
  2. Menjalankan Auditan Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2008 DAN 5S (QE) sekali setahun.
  3. Menjawab surat balasan penerimaan yang bukan diterima dikaunter dalam tempoh 1 hari di semua Jabatan/Bahagian.
  4. Memastikan semua aduan dapat disalurkan kepada Jabatan/Bahagian dalam tempoh 1 jam aduan diterima.
  5. Memberikan maklumbalas terhadap aduan lengkap pengadu dalam tempoh seperti berikut :-

  6. A Jabatan Perkhidmatan Bandar Hari​
    ​i. ​Aduan Kutipan Sampah Domestik ​1
    ​ii. ​Aduan Kutipan Sampah Kebun/Pukal/Haram. ​1
    ​iii. ​Aduan Pembersihan Kawasan ​1

     

    B Jabatan Taman Dan Rekreasi Hari​
    ​i.

    Aduan Pembersihan Taman Permainan dan Jalan Persiaran

    ​1

     

    A Jabatan Kejuruteraan Hari​
    ​i. ​Lampu Isyarat ​1
    ​ii. Lampu Jalan ​1
    ​iii. ​Kerosakan Kabel / Vandalism 7 hingga 30

     

  7. Kategori aduan yang lain – maklumbalas penerimaan aduan kepada pengadu pada hari yang sama iaitu tindakan Jabatan berkaitan.