​SLOGAN PIAGAM PELANGGAN
MBSA Sentiasa Mengutamakan Pelanggan


​MOTO PIAGAM PELANGGAN​
Pelanggan​ Gembira Organisasi Bangga


MISI PIAGAM PELANGGAN​

Kami Komited Untuk Penyampaian Perkhidmatan Yang Cemerlang, Efektif dan Efisien



PIAGAM PELANGG​AN

Sebagai usaha memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan secara berterusan, kami warga kerja MBSA dengan penuh iltizam memberi jaminan akan :
  1. Mengambil Tindakan Membaiki Kerosakan Jalan Raya, Lampu Isyarat, Longkang, Tebing Runtuh , Lampu Jalan Dan Aset Majlis Dalam Tempoh 24 Jam Dan Tidak Melebihi Satu (1) Bulan

  2. Melaksanakan Kerja Kutipan Sampah Domestik, Pembersihan Awam, Pembersihan Parit Dan Longkang Dengan Sempurna Mengikut Jadual Yang Ditetapkan

  3. Memproses Dan Membentangkan Pelan Pembangunan Termasuk Pelan Susun Atur, Pelan Kejuruteraan Dan Pelan Landskap Dalam Tempoh  Empat Puluh      (40 ) Hari, Pelan Bangunan Dalam Tempoh Tiga Puluh (30) Hari, Tukar Guna Bangunan Dalam Tempoh Lima Puluh Tujuh (57) Hari Dari Tarikh Penerimaan Permohonan

  4. Meluluskan Lesen Perniagaan Tidak Berisiko Dalam Tempoh Satu (1) Jam Serta Memproses Lesen Perniagaan Dan Industri Dalam Tempoh Tiga Puluh (30) Hari)

  5. Memberi Maklumbalas Aduan Kepada Pengadu Dalam Tempoh Empat Belas Hari (14) Bekerja

  6. ​Menghantar Bil Cukai Taksiran Selewat-Lewatnya 1 Januari Dan 1 Julai Setiap Tahun

  7. Meluluskan Baucar Pembayaran Kepada Kontraktor / Pembekal Majlis Dalam Tempoh Lima (5) Hari Bekerja Daripada Tarikh Penerimaan Dokumen Lengkap Dari Jabatan

  8. Memberi Maklumbalas Kelulusan Penyewaan Dewan Dan Sewaan Peralatan Keraian Dalam Tempoh Lima (5) Hari Bekerja Daripada Tarikh Penerimaan Permohonan​