JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Fungsi Jabatan

  1. ​Menguruskan Pentadbiran Jabatan-Jabatan MBSA

  2. Melaksanakan Tugas-Tugas Pentadbiran A​m 

  3. Mengendalikan Pengurusan Tenaga Manusia

  4. Meningkatkan Pengurusan Kualiti Dan Produktiviti MBSA

  5. Menyelaras Mesyuarat di peringkat MBSA 

  6. Urusan Pembangunan Organisasi Dan Penyelidikan

  7. Menguruskan Perolehan, Bekalan Dan Stok

  8. Menguruskan Proses Pengeluaran Tender Dan Sebutharga 

  9. Menguruskan Pembayaran Semua Kerja-kerja Tender Dan Sebutharga

  10. Menguruskan Pemberian kerja-kerja inden secara undi 

  11. UrusetiaJawatanku asaPelupusan Harta​

Piagam Pelanggan

  1. Mengedarkan surat-surat Majlis dalam tempoh tidak lebih 3 hari bekerja.​

  2. ​Menerima dan menjawab panggilan telefon oleh Pegawai Khidmat Pelanggan (Operator) kurang 3 deringan.​

  3. ​Memproses tuntutan bayaran prolehan bekalan, perkhidmatan Majlis dalam tempoh 6 hari dari tarikh invois diterima.

  4. Mengurus harta modal dan inventori Majlis seperti pembelian, penerimaan, pendaftaran, pengeluaran, penyelenggaraan dan pelupusan dalam tempoh tidak lebih (1) satu bulan daripada permohonan.​

  5. ​Menguruskan hal-hal berkaitan pengambilan kakitangan tetap dan kontrak dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.​

  6. ​Menguruskan pengesahan jawatan dalam tempoh 2 minggu setelah memenuhi syarat perkhidmatan yang ditetapkan.​

  7. ​Menghantar dokumen persaraan ke JPA untuk diproses dalam tempoh 3 bulan sebelum mencapai umur persaraan yang diperakukan oleh Majlis.​

  8. ​Menguruskan pengeluaran surat jaminan (GL) dalam tempoh 24 jam untuk hospital kerajaan manakala pakar Majlis dalam tempoh 3 hari selepas pengesahan.​

  9. Menguruskan permohonan pinjaman majlis dalam tempoh 3 minggu dari tarikh penerimaan boring lengkap.

  10. Menguruskan permohonan kemasukan ke kuarters majlis dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan lengkap.

  11. ​Menguruskan permohonan surat pengesahan perkhidmatan bagi tujuan temuduga dalam tempoh 7 hari bekerja manakala bagi tujuan pinjaman dan lain-lain dalam tempoh 3 hari bekerja.​

  12. Menguruskan pembayaran khairat kematian dibawah tabung majikan prihatin dalam tempoh 48 jam dengan disertakan dokumen berkaitan.​

  13. Menguruskan sumbangan pampasan kematian kepada waris kakitangan dalam tempoh 14 hari dari tempoh permohonan lengkap.​

  14. Memastikan semua warga MBSA menerima kemudahan seperti berikut :​

    • ​Pemeriksaan kesihatan kepada warga yang berumur 40 tahun ke atas.

    • Kemudahan pesakit luar kepada warga dan ahli keluarga dengan peruntukan RM2400 setahun di panel klinik yang dilantik.​

    • ​Kemudahan pembelian cermin mata maksimum RM500 seorang bagi tempoh 3 tahun sekali.

    • Kemudahan rawatan pakar sebanyak RM20,000 setahun bagi kakitangan tetap dan kontrak manakala RM30,000 kepada kumpulan Pengurusan dan Ahli Majlis.​

  15. Memastikan warga kerja hadir berkursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

  16. ​Memastikan borang maklumbalas pelanggan mencapai 200 pelanggan sebulan.​

  17. Memaklumkan kepada warga kerja mengenai tarikh Audit SIRIM dalam tempoh 1 minggu. ​

  18. ​Memastikan Sistem Kad Prestasi Utama (KPI) Jabatan/ Bahagian dihantar sebelum 15 hari bulan.

​​