-
Kolam Renang
1. |
Kolam Renang Kejohanan bersaiz Olimpik |
Berbumbung |
50m x 25m |
10 kaki |
2. |
Kolam Terjun / Polo Air / Renang Berirama |
Berbumbung |
30m x 25m |
15 kaki |
3. |
Kolam Renang Latihan bersaiz Olimpik |
Terbuka |
50m x 25m |
4 kaki |
4. |
Kolam Renang Kanak-Kanak dengan gelungsur |
Terbuka |
- |
2 kaki
|
-
Bilik Mandi dan Persalinan
Surau
Bilik Kawalan Sistem
Bilik Mesyuarat
Ruang Makan
Tempat Duduk Penonton Berbumbung dan Terbuka
Papan Markah Elektronik & Sistem Siaraya
Lampu
Tempat Letak Kereta
Cara Memohon
Semua permohonan untuk menggunakan Pusat Akuatik Darul Ehsan haruslah dibuat dengan menghantar surat / faksimile / email ke Bahagian Pengurusan Stadium, MBSA atau mengisi borang permohonan penyewaan Kompleks Sukan Shah Alam.
Kadar Tiket
Sekali Masuk
Hari Selasa hingga Jumaat
Terbuka |
RM 2.00 | RM 2.10 |
RM 3.00 | RM 3.20 |
RM 1.50 | RM 1.60 |
Tertutup |
RM 3.00 | RM 3.20 |
RM 4.00 | RM 4.20 |
RM 1.50 | RM 1.60 |
Hari Sabtu , Ahad & Cuti Umum
Terbuka |
RM 2.50 | RM 2.60 |
RM 3.50 | RM 3.70 |
RM 1.50 | RM 1.60 |
Tertutup |
RM 3.50 | RM 3.70 |
RM 4.50 | RM 4.70 |
RM 1.50 | RM 1.60 |
Makluman:
Sekali kemasukan adalah untuk 2 jam penggunaan
Peraturan
Semua perenang dikehendaki memakai pakaian renang dan penutup kepala.
Semua perenang diminta membersihkan badan dipaip (shower) dan mencuci kaki (foot bath) sebelum masuk ke kolam renang.
Perenang yang menghidap penyakit berjangkit, demam, luka, selesama, sakit mata atau telinga serta apa-apa penyakit berjangkit dan mereka yang mabuk atau mengambil ubat tidak dibenarkan menggunakan kolam renang.
Perenang tidak dibenarkan berenang kecuali memakai pakaian renang yang sesuai. Perenang yang berpakaian renang tidak dibenarkan memasuki mana-mana kawasan lain sekitar pusat akuatik selain kawasan kolam renang sahaja. Perenang dikehendaki menukar pakaian di bilik persalinan.
Perenang tidak dibenarkan merokok, membawa atau makan apa-apa makanan dimana-mana kawasan kolam.
Tidak dibenarkan memakai kasut / selipar dikawasan kolam renang.
Ibu bapa adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan anak-anak mereka. Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun mestilah ditemani oleh orang dewasa.
Perenang tidak dibenarkan berenang di kawasan air dalam kecuali mereka yang mampu berenang 2 kali jarak kolam renang utama tanpa masalah. Sesiapa yang tidak mampu berbuat demikian mestilah meninggalkan kawasan tersebut jika diminta berbuat demikian oleh pihak penyelamat atau mana-mana pegawai bertugas.
Tidak dibenarkan berlari-lari, bermain, minum dan bertolak-tolakan di kawasan kolam renang.
Perenang mestilah meninggalkan kawasan kolam renang jika berlaku hujan lebat,guruh dan petir atau apabila diminta berbuat demikian oleh pihak penyelamat.
Setiap perenang bertanggungjawab di atas keselamatan diri sendiri dan harta benda. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan / kecurian yang berlaku.
Hubungi
Bahagian Pengurusan Stadium,
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Level 1, Kuadron AB,Stadium Shah Alam,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-55198133
Faks : 03-55198391
Emel : stadium@mbsa.gov.my