Font Minus Font Reset Font Plus
Semula Red Blue Green
  Bahasa Malaysia |  English Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman
Laman Utama » MBSA » Program » Kelab 1221
Carian
Perkhidmatan
 
e-aduan
e-kompaun
e-cukai
e-borang
e-bayaran
e-jenayah
Journal Content
Kelab 1221
 

Muat Turun :

 

 

KLINIK SUKAN, KELAB 1221
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

 

 

PENGENALAN

Klinik Sukan ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kelab 1221, Majlis Bandaraya Shah Alam bagi mengisi masa lapang remaja dengan mengikuti aktiviti bersukan di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

RASIONAL KLINIK SUKAN

  • Sukan merupakan kaedah yang paling berkesan untuk diterapkan bagi menghindarkan dan mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial di kalangan belia dan remaja.
  • Sukan juga dapat membentuk disiplin dan jati diri seseorang dalam melahirkan remaja yang sihat dan aktif.
  • Klinik – klinik sukan ini juga dirancang untuk mencungkil jaguh sukan daripada Shah Alam yang boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

KLINIK – KLINIK SUKAN YANG DISEDIAKAN

  • Klinik Bola Tampar
  • Klinik Lumba Basikal
  • Klinik Ragbi
  • Klinik Futsal

MAKLUMAT PROGRAM

Jurulatih

  • Klinik Bola Tampar – En. Shamsaimon (016-296 1777)
  • Klinik Lumba Basikal – En. Shaharudin Jaafar (019-346 6206)
  • Klinik Ragbi – En. Ishak (012-403 9843)
  • Klinik Futsal – En. Raduwan Abu Samah (017-337 2235)

Latihan

  •  Latihan teori dan praktikal akan diberi kepada peserta
  • Latihan setiap hujung minggu dan jadual latihan akan disediakan

Tempat Latihan

Majlis akan menyediakan tempat latihan yang bersesuaian dan mempunyai kawalan keselamatan mengikut acara sukan.

  • Bola Tampar - Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4
  • Lumba Basikal - Kriterium Shah Alam (Laman Budaya)
  • Ragbi - Padang Wisma MBSA
  • Futsal - Dewan MBSA Sek.19, Shah Alam

 

Peralatan

  • Peralatan pemain secara individu hendaklah ditanggung oleh pemain itu sendiri seperti basikal, pakaian dan lain – lain.

 

PERTANDINGAN

Pertandingan dalaman

  • Pertandingan dalaman akan diadakan bagi menguji prestasi dan penguasaan teknik dalam sukan yang diceburi.

Pertandingan luar

  • Peserta juga akan diberi pendedahan pertandingan luar bagi membuka ruang serta peluang bagi mereka mempamerkan kebolehan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi (peringkat negeri atau negara)
  • Pihak majlis akan menanggung perbelanjaan seperti yuran penyertaan serta pengangkutan.

 

PENYERTAAN PESERTA

Penyertaan terbuka kepada semua remaja yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Jabatan Korporat, Bahagian Sukan,
Tingkat G, Wisma MBSA,
40000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-5522 2742

 

YURAN

Peserta hendaklah membayar yuran seperti berikut :

  • Yuran keahlian Kelab 1221 MBSA : RM 20.00 (sah sehingga umur 21 tahun)
  • Yuran Klinik Sukan : RM 50.00 ( setahun)