|
|
|
|
|
Journal Content
Sejarah |  Shah Alam ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ditubuhkan serentak dengan perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. MBSA yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) ditubuhkan pada 7 Disember 1978 serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Bagaimanapun pentadbiran MBSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979. Pada peringkat permulaan, pentadbiran MBSA beroperasi di rumah kedai, Seksyen 3 dan kemudian di Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanya pada tahun 1988 kakitangan MBSA berpindah ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai WISMA MBSA. Bangunan berharga RM141 juta ini menempatkan keseluruhan jabatan MBSA. Ruang Wisma juga disewakan kepada jabatan kerajaan dan sektor swasta. |
|
|
|
|