Earth Hour 2017

60+ Earth HOUR SHAH ALAM 2017

25 MAC 2017 (SABTU)



Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  akan  menganjurkan Pertandingan Mewarna sempena Kempen 60+ Earth Hour Peringkat Shah Alam 2017 pada 25 Mac 2017  (Sabtu) jam 8.00 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Penyertaan adalah percuma dan pertandingan mewarna ini akan melibatkan tiga kategori iaitu Kategori A (umur 4 sehingga 6 tahun), Kategori B (umur 7 sehingga 10 tahun), dan Kategori C (umur 11 tahun hingga 12 tahun). Hadiah keseluruhan berjumlah RM2,000 akan disediakan kepada para pemenang. 

Pertandingan ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk memupuk kesedaran dari peringkat awal kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan juga kesedaran terhadap pemanasan global yang semakin meruncing. Selain itu, pertandingan ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat mereka dalam seni mewarna dan kreatif.  Aktiviti ini merupakan salah satu pengisian program bagi Sambutan 60+ Earth Hour Peringkat Shah Alam 2017 yang akan disambut pada 25 Mac 2017 (Sabtu) di Dataran Kemerdekaan
.
Program ini dilihat sebagai komitmen berterusan pihak MBSA bagi mendidik dan menyedarkan orang ramai bahawa semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu dan bertanggungjawab untuk mengurangkan aktiviti pemanasan global melalui penjimatan tenaga elektrik.  

Justeru,  MBSA ingin menjemput para pelajar khususnya pelajar tadika dan sekolah rendah untuk menyertai pertandingan ini. Orang ramai yang berminat untuk turut ser​ta di dalam pertandingan ini boleh mengambil borang penyertaan di Tingkat G, Bahagian Korporat & Perhubungan Awam, Wisma MBSA. Borang hendaklah diserahkan semula pada atau sebelum 22 Mac 2017 (Rabu), sebelum jam 5.00 petang.  Sebarang pertanyaan,  sila hubungi Puan Fakhizah binti Ahmad,  Penolong Pegawai Tadbir (Kanan),  Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1652. 

​MUAT TURUN

1. Borang Pertandingan Mewarna Muat Turun Borang Semakan Permohonan Serentak​​​​​​