Gerak Gempur Denggi Shah Alam 2.0

GERAK GEMPUR DENGGI SHAH ALAM 2.0

Pengenalan

  1. Berikutan peningkatan kes demam denggi pada tahun 2014, Pasukan Petugas Khas  Denggi telah ditubuhkan pada 1 Julai 2014 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

  2. Pasukan ini dianggotai oleh Menteri Kesihatan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri Kerja Raya, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi berkaitan.

  3. Lanjutan dari itu, pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merangka Pelan Tindakan Denggi PBT di Lokaliti Hotspot 2014. Pelan ini dirangka berdasarkan kepada isu-isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-67 dan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi Bil. 1/ 2014 yang telah dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Daro' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin.

  4. Di peringkat Kerajaan Negeri Selangor pula, Mesyuarat Membincangkan Isu Kawalan Denggi di Selangor diadakan pada setiap minggu dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan.

  5. Seiring dengan itu, di peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam, Yang Berbahagia Datuk Bandar, Dato Haji Mohd Jaafar b Haji Mohd Atan telah mengarahkan penubuhan pasukan 'Task Force Denggi' melalui Mesyuarat Penyelarasan Task Force Dengue' yang telah bermesyuarat pada 7 Ogos 2014.

  6. MBSA berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan menerima kunjungan daripada pasukan 'Task Force' ini sebagai tanda sokongan untuk memerangi wabak Denggi di kawasan bandar raya Shah Alam. Peranan dan komitmen dari semua lapisan masyarakat juga amat diperlukan dan dialu-alukan untuk memerangi wabak merbahaya ini.

  7. MBSA amat mengalu-alukan penglibatan orang awam, tidak kira daripada persatuan penduduk, para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun badan pengurusan bersama (JMB), sebagai sukarelawan yang akan bersama-sama Pasukan 'Task Force' Gerak Gempur Denggi Shah Alam 2.0 dengan menghubungi 03-5522 2743 (Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA).

  8. Marilah kita bersama-sama dalam menjayakan langkah agresif bagi memerangi wabak Denggi dan mencapai tahap demam Denggi sifar di kawasan Bandaraya Shah Alam.

Objektif​

  1. Menurunkan bilangan kes demam denggi sebanyak 50% dalam masa 2 bulan

    (Untuk rujukan, bilangan kes demam denggi pada minggu ke 32 adalah sebanyak 138 kes dengan kumulatif untuk 2014 sebanyak  6016 kes.

  2. Menurunkan bilangan lokaliti 'hotspot' kepada sifar lokaliti 'hotspot'.

  3. Memastikan penduduk Shah Alam bebas dari penularan kes demam denggi​.

Penubuhan Pasukan 'Taskforce' Denggi

  1. ​Sebanyak 17 pasukan 'task force' denggi telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Wabak Denggi pada 7 Ogos 2014. Setiap pasukan 'task force' denggi dipertangungjawabkan ke atas satu kawasan atau jenis premis untuk dilawati. Pemeriksaan dijalankan bagi memeriksa kebersihan kawasan secara amnya, mengenalpasti sebarang permasalahan dan sekiranya perlu mengambil tindakan secara holistik dan bersepadu.

  2. Setiap pasukan mempunyai ketua kumpulan serta dianggotai oleh 2 orang Ahli Majlis, beberapa orang pegawai, wakil dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan wakil dari Bahagian Penguatkuasaan serta wakil-wakil dari jabatan luar yang berkaitan.​

Senarai Pasukan 'Taskforce' Denggi​

  1. MBSA s​elaku pihak yang berkuasa, mengambil langkah agresif dengan memulakan kempen Gerak Gempur Denggi Shah Alam 2.0. Pasukan Khas 'Task Force' ditubuhkan bagi memerangi wabak Denggi dengan mempergiatkan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan-kawasan tertentu seperti tapak pembinaan, serta memberti penerangan kepada pemilik premis untuk mengambil berat terhadap kebersihan di premis masing-masing.

  2. Sebanyak 16 pasukan telah dibentuk yang terdiri daripada 10 orang ahli dan diketuai oleh seorang ketua yang merupakan pegawai MBSA. Pasukan ini juga disertai oleh Ahli Majlis MBSA dan akan membuat pemantauan dan pemeriksaan di beberapa kawasan sasaran seperti :​​​

  3. Be​​rikut adalah pecahan pasukan 'task force' denggi mengikut kawasan atau jenis premis

    1. Bangunan berstrata (2 pasukan)
    2. Tapak bina
    3. Tapak bina/ projek terbengkalai
    4. Pembersihan longkang monsun
    5. Pembersihan awam
    6. Longkang tanah luar bandar
    7. Tempat pembuangan sampah haram
    8. Tempat perniagaan barang lusuh/ besi buruk
    9. Kilang-kilang
    10. Pembersihan jalan-jalan protokol/ persiaran/ tasik/ taman
    11. Tanah kosong
    12. Rumah kedai/ pasar/ food court/ gerai/ restoran
    13. Aset kerajaan – milik MBSA
    14. Aset kerajaan – selain milik MBSA
    15. Kampung tradisi
    16. Taman perumahan (2 pasukan)​​
    17. Institusi Pengajian Tinggi

​Aktiviti​

  1. Pergerakan Kumpulan Task Force November 2014 ​Sehingga Februari 2015pergerakan kumpulan task force
  2. Pergerakan Kumpulan Task Force 20 Oktober 2014 ​Sehingga 26 Oktober 2014pergerakan kumpulan task force​​
  3. Pergerakan Kumpulan Task Force 13 Oktober 2014 ​Sehingga 19 Oktober 2014pergerakan kumpulan task force​​
  4. Pergerakan Kumpulan Task Force 6 Oktober 2014 ​Sehingga 12 Oktober 2014 pergerakan kumpulan task force
  5. Pergerakan Kumpulan Task Force 29 September 2014 Sehingga 5 Oktober 2014 pergerakan kumpulan task force
  6. Pergerakan Kumpulan Task Force 22 September 2014 Sehingga 27 September 2014 pergerakan kumpulan task force​​
  7. Pergerakan Kumpulan Task Force 15 September 2014 Sehingga 21 September 2014 pergerakan kumpulan task force
  8. Pergerakan Kumpulan Task Force 8 September 2014 Sehingga 14 September 2014 pergerakan kumpulan task force
  9. Pergerakan Kumpulan Task Force 1 September 2014 Sehingga 7 September 2014 pergerakan kumpulan task force
  10. Pergerakan Kumpulan Task Force 25 Ogos 2014 Sehingga 31 Ogos 2014 pergerakan kumpulan task force​​
  11. Pergerakan Kumpulan Task Force 18 Ogos 2014 Sehingga 24 Ogos 2014 pergerakan kumpulan task force
  12. Pergerakan Kumpulan Task Force 9 Ogos 2014 Sehingga 15 Ogos 2014 pergerakan kumpulan task force

Laporan Situasi Semasa Dan Tindakan Kawalan Demam Denggi​

* ​Sila klik Tahun untuk laporan

 Error

Web Part Error: A Web Part or Web Form Control on this Page cannot be displayed or imported. The type AGTIV.General.WebParts.Web_Parts.AccordionListWebPart.AccordionListWebPart, AGTIV.General.WebParts, Version=1.0.0.0, Culture=neutral, PublicKeyToken=57fc52b4423909e9 could not be found or it is not registered as safe. Correlation ID: da3b199f-ef3c-805b-8dda-3857527116b9.

​Laporan Taskforce

  1.  Laporan Taskforce Denggi MBSA 2014peranan pemaju

​Artikel​

  1. Pelan Wabak Denggi peranan pemaju
  2. ​​​​Kawalan Demam Denggi Di Tapak Binaan : Peranan Dan Tanggungjawab Pemaju.​peranan pemaju​​​​