LAMAN KOMUNITI SHAH ALAM 2016

Pertandingan Landskap Komuniti Di Kawasan Kejiranan Seluruh Shah Alam​
30 Jun Sehingga 30 Disember 2016

LATARBELAKANG
Pertandingan ‘Anugerah Landskap Shah Alam’ (ALSA) sebelum ini ialah bagi kediaman/premis individu seperti banglo, semi-d, teres, kilang dan sekolah yang kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2010.
 
Pertandingan landskap merupakan kriteria/indikator utama di dalam penilaian ‘Sistem Star Rating’ Pihak Berkuasa Tempatan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 
 ​
LAMAN KOMUNITI SHAH ALAM 2016 merupakan satu pertandingan landskap di peringkat komuniti yang menekankan aspek kerjasama dan gotong-royong dalam usaha untuk menjaga dan mengindahkan ruang persekitaran kediaman mel​alui aktiviti penanaman sayur-sayuran dan herba yang berkonsepkan Laman Edibel (Edible Garden) atau Laman Dapur (Kitchen Garden).
 
Sempena pertandingan ini, satu projek perintis telah dilaksanakan di Jalan 4/7, Seksyen 4 pada tahun 2015, bertujuan sebagai penanda aras (bench mark) dan rujukan kepada  komuniti dan persatuan-persatuan penduduk bagi melaksanakan program ini di kawasan kejiranan mereka.
 
PROJEK PERINTIS di Jalan 4/7, Seksyen 4 berkonsepkan Laman Edibel (Edible Garden) atau Laman Dapur (Kitchen Garden) di mana komuniti setempat secara bekerjasama dan bergotong-royong membangunkan dan mengusahakan kawasan hijau/lapang di jalan-jalan depan rumah, tepi rumah, lorong belakang rumah, pintu masuk kediaman serta di penjuru jalan sebagai laman komuniti melalui aktiviti penanaman pelbagai spesis tanaman dapur dan pokok buah-buahan untuk kegunaan harian mereka.

OBJEKTIF
  • ​Menyemai dan memupuk kesedaran di kalangan komuniti setempat dalam usaha untuk mencantikkan persekitaran kediaman serta menjaga kebersihan kawasan kejiranan mereka.
  • Memupuk budaya hidup bermasyarakat dan semangat kejiranan di kalangan penduduk khususnya di kawasan bandar.
  • Memupuk dan menyemai rasa kesedaran, tanggungjawab dan ’sense of pride’ terhadap kebersihan dan keindahan kawasan kediaman.​
laman
Program yang dapat memupuk dan menyemai kesedaran di kalangan pelbagai lapisan masyarakat
tentang alam sekitar dan kebersihan.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada mana-mana komuniti yang berminat di seluruh Seksyen di Shah Alam, dengan kerjasama 24 Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Shah Alam. Walau bagaimanapun, penyertaan dari setiap Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Shah Alam untuk pertandingan ini adalah terhad kepada maksimum lima (5) penyertaan sahaja yang akan dinilai melalui proses saringan.
 
Setiap penyertaan hendaklah melalui wakil kumpulan komuniti setempat ataupun persatuan penduduk (ketua/pengerusi persatuan penduduk) dan mendapat pengesahan dan sokongan daripada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon di kawasan berkenaan.


KATEGORI PERTANDINGAN
Berikut adalah dua (2) kategori pertandingan Laman Komuniti Shah Alam 2016 iaitu :

KATEGORI PERSATUAN PENDUDUK / KUMPULAN KOMUNITI
  • ​Terbuka kepada mana-mana persatuan penduduk atau kumpulan   komuniti yang berminat.
  • Penyertaan dari setiap kawasan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon adalah terhad kepada maksimum lima (5) penyertaan sahaja yang dinilai melalui proses saringan.

KATEGORI INDIVIDU 
  • ​Kategori ini dibuka sebagai pra-syarat di dalam pertandingan Laman Komuniti Shah Alam 2016
  • Penyertaan adalah terbuka kepada individu atau orang-perseorangan yang menjadi ahli persatuan penduduk atau terdiri di kalangan kumpulan komuniti yang menyertai pertandingan Laman Komuniti Shah  Alam 2016.
  • Empat (4) jenis kediaman yang layak dipertandingkan  dalam pra syarat pertandingan Laman Komuniti Shah Alam 2016 adalah seperti berikut :
    ​- Rumah banglo
    Rumah berkembar/kluster/lot tepi (corner lot)
    Rumah teres  
    Rumah tradisi (terdiri daripada 80% struktur binaan kayu dengan mengekalkan senibina tradisional

MUAT TURUN MAKLUMAT LANJUT PERTANDINGAN
Muat Turun

MUAT TURUN BORANG PERNYERTAAN
Muat Turun

PERTANYAAN :

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 
  • Pn. Liza   :  03-5510 5133 samb. 1218
  • Pn. Aida   :  03-5510 5133 samb. 1284
  • Pn. Mimah :  03-5510 5133 samb. 1298