​​​A​KTIVITI PRO​​GRAM ZON BERSIH BULAN JUN 2013​

B​agi menyemarakkan lagi Program Hari Zon Bersih Bulan Jun 2013, beberapa aktiviti telah diadakan untuk warga penduduk Seksyen 2,3 dan berikut adalah ringkasan aktiviti yang akan diadakan:-
 
     1.  Gotong Ro​​yong
  • ​​​Program Gotong Royong pada 09 Jun 2013 telah disertai seramai 500 orang yang terdiri daripada komuniti Seksyen 2,3 dan 4 serta wakil-wakil Jabatan dari pihak Majlis. Setiap parcel disediakan pelbagai peralatan dan kemudahan antaranya tong ror​o yang ditempatkan dikawasan parcel masing-masing memudahkan penduduk membuang perabot lama dan cantasan pokok. Selain itu, penyapu besi,plastik sampah, cangkul, kereta sorong dan sebagainya disediakan untuk kegunaan gotong royong.
     2.  Pe​nyampaian Skrol Terbaik Bulan Jun
  • Parcel Terbaik Bulan Jun telah dimenangi oleh Parcel 8 yang diketuai oleh Encik Mohd. Fauzi Aziz selaku Ketua Parcel Jabatan ​(KPJ) dari Jabatan Khidmat Pengurusan dan Encik Amran Abdul Hamid (KPK).

​     3.  Pertand​ingan Mewarna
  • Pertandingan mewarna ini terbuka kepada kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun.  Tiga (3) kategori disediakan iaitu 4-6 tahun, 7-9 tahun, 10-12 tahun.  Penyertaan terbuka dari kalangan anak kakitangan dan penduduk. Seramai 30 peserta telah menyertai pertandingan ini dan dihakimi oleh dua orang Juri dari pihak Majlis.
     4.  Ka​​unter Aduan
  • Kaunter dibuka untuk kemudahan masyarakat setempat membuat aduan / cadangan. Sebanyak 9 aduan awam telah diterima dari penduduk setempat. 

     5.  P​ameran
  • ​Jabatan Korporat
  • Jabatan Perancangan
  • Jabatan Perkhidmatan Bandar
​     6.  Cabutan ​​​Bertuah
  • ​Sempena program Hari Zon Bersih Bulan Jun, pihak Sekretariat Zon Bersih telah menyediakan 10 cabutan bertuah kepada penduduk yang hadir ke Program Hari Zon Bersih Bulan Jun.​​​​​​​​