​​PENCAPAIAN ZON BERSIH    ​

Pencapaian Tahun 2012     

Pada 1 Disember 2012 telah berlangsung acara gilang gemilang iaitu Majlis Penghargaan dan Penganugerahan di mana MBSA telah memenangi anugerah utama selain 5 anugerah lain. Bertempat di Dean Shah Alam 1, Shah Alam Convention Centre (SACC), Majlis dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid b. Ibrahim, EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, YB. Ronnie Liu Tian Khiew dan wakil-wakil PBT.

Pada Ma​jlis Penghargaan dan Penganugerahan Zon Bersih Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2012 yang telah diadakan pada 1 Disember 2012 , Majlis Bandaraya Shah Alam telah memenangi kategori berikut dalam Pertandingan Zon Bersih yang dianjurkan   :​
  1. Johan Anugerah Zon Bersih
  2. Amalan Terbaik Model Pengurusan
  3. Pemantauan Kebersihan PBT Selangor
  4. Kriteria Penyelenggaraan Lanskap PBT Selangor
  5. Kriteria Penyelenggaraan Kemudahan Awam PBT Seluruh Selangor

Pencapaian Tahun 201​​3        

​Penganjuran Majlis Penghargaan dan Penganugerahan Zon Bersih Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2013 yang telah diadakan pada 24 Januari 2014 di ​Dewan Shah Alam 1, Shah Alam Convention Centre . Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid B Ibrahim Menteri Besar Selangor. Y.Bhg. Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ahli Majlis, Ketua Parcel Jabatan dan Ketua Parcel Komuniti turut menghadiri program yang dianjurkan ini.

Pada Majlis Penghargaan dan Penganugerahan Zon Bersih Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2013 yang telah diadakan pada 24 Januari 2014 , Majlis Bandaraya Shah Alam telah memenangi kategori berikut dalam Pertandingan Zon Bersih yang dianjurkan   :​
  1. Anugerah Keseluruhan
  2. Anugerah Utama Zon Bersih
  3. Anugerah Jawatankuasa Penduduk Paling Aktif
  4. Kriteria Pemantauan Kebersihan
  5. Kriteria Penyelenggaraan Landskap
  6. Kriteria Pengurusan Program Zon Bersih
  7. Kriteria Penglibatan Komuniti​