Majlis Bandaraya Shah Alam  Anjur Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Dan Sambutan Hari Bumi 2017 – Pupuk Sikap Cintakan Alam Sekitar Di Kalangan Komuniti Shah Alam

17 April 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi 2017 pada 16 April 2017 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. Seramai 2,000 orang pengunjung serta peserta Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan telah hadir untuk turut serta memeriahkan program ini. 

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan merupakan inisiatif pihak MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar. Sepanjang program ini,  orang ramai hanya dibenarkan untuk menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki, dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya. Program ini juga menyediakan aktiviti menunggang kuda dan beca berhias secara bercuma.

Pada program kali ini, pihak MBSA juga telah mengadakan Sambutan Hari Bumi Peringkat MBSA 2017.  Ia adalah platform pihak MBSA untuk memberi pendedahan kepada komuniti Shah Alam mengenai amalan-amalan kitar semula yang boleh dilaksanakan seperti kitar semula sisa buangan bahan dapur, sisa makanan, dan penanaman pokok serta meningkatkan sistem pengurusan sisa pepejal yang terancang dan berkesan. 

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk memeriahkan program ini antaranya acara utama iaitu berbasikal dan Larian Kitar Semula, pertandingan mewarna, pameran daripada pihak MBSA dan agensi-agensi kerajaan, pemberian baja kompos dan anak pokok percuma, food truck, taklimat hijau (Green talk)  bertajuk Edible Garden oleh Jabatan Pertanian, Love Food Hate Waste oleh Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Teknik Penyediaan Baja Kompos (JKKK Bukit Cerakah), persembahan pentas,  pameran inisiatif hijau serta Persembahan Pocket Show dan Buskers.  Program ini juga turut disertai oleh 33 kanak-kanak autism dari The National Autism Society of Malaysia (NASOM) yang membuka booth jualan hasil produk kraf tangan kanak-kanak autism tersebut. 

Selain itu pihak MBSA juga  mengadakan Program ECO Free Market.  Konsep Eco Free Market Shah Alam  adalah ‘Less is More’ yang bermaksud menguruskan pemberian barangan terpakai dan meminimakan perbelanjaan kepada yang memerlukan. Penyumbang boleh mendermakan barangan atau perkhidmatan secara percuma kepada pengunjung. Sekiranya pengunjung berminat, pengunjung hanya perlu meminta izin untuk mengambil barang tersebut. Barang-barang yang disumbangkan tersebut adalah seperti buku, pakaian dan sebagainya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak lupus secara organik seperti polisterina dan plastik, memberi panduan kepada komuniti setempat cara-cara menjaga alam sekitar, serta menghijaukan dan mengindahkan kawasan persekitaran sebagai cara hidup lestari.  Ia juga diharapkan dapat mendidik komuniti yang prihatin dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin  telah berangkat mencemar duli hadir ke majlis ini.  Turut hadir, YAB. Dato’ Seri Mohamed Azmin b. Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor dan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. 

car free day 

​​​​car free day

car free daycar free day
car free daycar free day
    ​​​​​​​car free day
 ​​​​​​