Majlis Bandaraya Shah Alam Laksana Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat Di Sekitar Shah Alam – Banteras Masalah Parkir Di Kawasan Awam – 4 Lori Dan 3 Bas Telah Ditunda​

14 Julai 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat pada 12 Julai 2017 (Rabu) dan 13 Julai 2017 (Khamis) di Seksyen 24, Seksyen 27, Seksyen 28, dan Seksyen 32 Shah Alam. Operasi ini diadakan bertujuan untuk mengesan dan membanteras masalah kenderaan berat seperti lori dan bas yang diletakkan di kawasan awam.    

Operasi ini turut melibatkan kakitangan daripada Jabatan Penguatkuasaan, Bahagian Perundangan, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA serta agensi luar seperti pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Sepanjang operasi ini diadakan, sebuah lori telah ditunda di Seksyen 24,  sebuah lori ditunda di Seksyen 27, 2 buah lori telah ditunda di sekitar Seksyen 28 dan 3 buah bas telah ditunda di sekitar Seksyen 32. 

Bagi kenderaan berat yang tidak dialihkan, kenderaan tersebut akan ditunda dan kompaun tersebut meningkat kepada RM2000.00. Caj bagi simpanan di depoh adalah sebanyak RM50.00 sehari. 
  
Operasi ini akan diadakan secara berkala oleh pihak Majlis bagi memantau masalah kenderaan berat yang memarkir kenderaan di kawasan awam sehingga mengganggu lalu lintas. Kenderaan berat ini turut mengakibatkan kekurangan tempat letak kereta di kawasan kediaman khususnya kediaman bertingkat, menyebabkan kerosakan kawasan hijau atau rizab, menghalang lalu lintas serta mengehadkan pemandangan akibat saiz kenderaan yang besar. 



tunda​​​​

​​​​​​​​tunda

tundatunda
​​​ ​​​​​​​​