Majlis Bandaraya Shah Alam Terima Lawatan Dari Tokoname Jepun Dengan Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam – Menjalinkan Hubungan Baik Antara Bandaraya Shah Alam Dan Pelajar Tokoname Jepun​

16 Ogos 2016​

Adalah dimaklumkan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menerima kunjungan sambil belajar para pelajar dari Tokoname, Jepun, melalui Program Tokoname City Student’s International Exchange Conference Association.  Para pelajar tersebut sedang dalam rangka lawatan ke Bandaraya Shah Alam mulai 15 – 19 Ogos 2016.  Seramai 8 orang pelajar telah hadir ke Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mendapatkan informasi dan tempat-tempat menarik di sekitar Shah Alam.

Para pelajar tersebut telah diberikan taklimat dan penerangan dari Encik Shahrin Ahmad, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam mengenai Bandaraya Shah Alam dan pada masa yang sama juga telah dibawa melawat ke Laman Seni 7, Seksyen 7 Shah Alam.  Para pelajar ini juga turut diiringi oleh 2 orang guru dari Jepun serta 3 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam.

MBSA sering menerima kunjungan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi dan juga jabatan yang ingin mendapatkan pengetahuan berhubung perkhidmatan yang ada dan penambahbaikan yang dilaksanakan di MBSA seperti Amalan 5S, kumpulan kreatif dan inovatif dan sebagainya.

​​japan-1japan-2
japan-3japan-4​​
japan-5/ms-my/mbsa/arkib/PublishingImages/2016-berita/japan-6.jpg