MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM PERKENAL SISTEM APLIKASI i-ADU – KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ADUAN YANG LEBIH EFISIEN DAN PANTAS


Adalah dimaklumkan, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mula melaksanakan sistem aplikasi i- ADU. Aplikasi i-ADU ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk menyediakan sistem pengurusan aduan yang lebih efisien dan pantas. 

Aplikasi i-ADU ini adalah kaedah penyaluran aduan yang lebih menyeluruh dimana  proses membuat aduan, semakan aduan, penerimaan maklumbalas dan penilaian tahap kepuasan penyelesaian aduan dilaksanakan di dalam talian. Aplikasi i-ADU boleh di muat turun oleh pengguna Android melalui aplikasi Google Play Store.  Setelah di muat turun, pengguna hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kata laluan bagi mengakses aplikasi i-ADU.  Setiap aduan yang diterima melalui aplikasi i-ADU akan direkodkan ke dalam sistem aduan iResponz MBSA dan nombor rujukan akan diberikan kepada pengadu dalam bentuk pesanan ringkas (SMS).

Aduan boleh dilaporkan secara 24 jam di dalam aplikasi i-ADU bertujuan untuk memudahkan orang awam membuat aduan selain daripada menyalurkan aduan melalui laman sesawang MBSA, talian bebas tol 1800-884477, secara bersemuka, surat, borang dan aduan di media sosial MBSA. 

Pelaksanaan aplikasi i-ADU juga selaras dengan usaha pihak MBSA untuk menjayakan  Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu untuk memperkasakan sistem pengurusan aduan yang lebih moden dan mudah di akses.

Pengenalan Aplikasi i-ADU ini juga merupakan komitmen berterusan MBSA untuk mempertingkatkan serta memperbaiki sistem penyampaian (delivery system) MBSA demi kemudahan dan kesenangan masyarakat khususnya warga kota Shah Alam.  

Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan sistem i-ADU ini, sila hubungi Unit Aduan, Bahagian Korporat & Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1569 dan 1606.