LOGO MBSA

Logo MBSA

Elemen Asas Rekabentuk

Elemen asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, bentuk, warna, ton, ruang dan jalinan.

Motif-motif yang ​berbeza yang dihasilkan dari penggunaan elemen-elemen tersebut telah disusun secara kreatif yang menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetik disamping berfungsi untuk menggambarkan imej korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.​

Rasional

  1.  Garisan
    • Penggunaan elemen garisan dalam rekabentuk logo Majlis Bandaraya Shah Alam lebih bersifat organic yang membentuk kontur pada rupa warna, motif haiwan, bunga dan senjata. Imbangan secara kontras pada garisan geometric corak 'arasbesque' memberi kesan estatika yang dinamik pada keseluruhan rekaan.
  2.  Rupa
    • Adalah bersifat dua dimensi; wujud dalam ruang yang mendatar. Rupa juga bersifat abstrak dan setiap gambarnya terkandung maksud-maksud yang tersirat. Rupa pada motif-motif yang diterapkan dalam rekabentuk logo baru Majlis Bandaraya Shah Alam di sesuaikan dengan objektif dan wawasan Shah Alam. Elemen rupa dalam rekabentuk logo ini juga dapat meningkatkan daya hayat ingatan (memory retention) pada pemerhati.
  3.  Warna
    • Elemen warna sering dikaitkan dengan aspek psikologi. Warna panas seperti merah dan oren bersifat dinamik, autoritatif atau ceria sementara warna sejuk seperti biru dapat menggambarkan suasana yang tenang dan damai. Dari sudut makna konotatif warna biru dapat menggambarkan perkhidmatan yang cekap dan tegas tetapi mesra.
    •  
    • Putih sering dikaitkan dengan manifestasi asal sesuatu kewujudan sebelum ianya dicorakkan oleh manusia atau kejadian semulajadi. Warna putih boleh juga dikatakan sebagai satu keadaan yang asli, bersih atau suci. Penerapan warna putih dalam imej korporat MBSA boleh membawa maksud sifat warga MBSA yamg mengamalkan etika perkhidmatan yang menekankan nilai-nilai kerohanian yang bersih, murni dan amanah. Secara keseluruhan kombinasi warga putih/biru dengan jelas dapat menonjolkan imej bersih, cekap dan amanah.
    Merah/Kuning ​: Warna rasmi Negeri Selangor
    ​​ ​Putih ​: Memberi gambaran keadaan yang asli, bersih dan suci melambangkan asas kepada budaya kerja yang diamalkan oleh warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam yang menekankan kepada etika perkhidmatan dan nilai-nilai kerohanian yang bersih, murni dan amanah.
    ​Biru ​: Memberi gambaran keadaan yang tenang dan damai yang menyelubungi persekitaran kerja di Majlis Banda​raya Shah Alam yang menghasilkan penyediaan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra
  4. Bulan & Bintang
    • Melambangkan Islam sebagai agama rasmi serta kedaulatan kepada raja dan Negara.

    • Bintang pecah lima membawa maksud lima rukun Islam yang menjadi pedoman kepada gerak laku manusia sebagai Khalifah di bumi Allah.

    • Pemilihan warna kuning/merah sejajar dengan warna rasmi kerjaan Negeri Selangor.
  5. Harimau Dengan Senjata Lembing
    • Harimau melambangkan peranan dan fungsi Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai badan penguatkuasa dan authiriti dalam mengawal supaya pembangunan Bandaraya dapat dijalankan seperti yang telah dirancangkan. Ini disokong dengan penggunaan senjata lembing bagi menguatkan lagi maksud di atas.
  6.  Rusa Dengan Senjata Lembing
    • Rusa adalah merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan mitos alam melayu. Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Senjata lembing di sini juga boleh membawa maksud bersedia mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu menegakkan perlembagaan Negara. Kedua-dua motif haiwan ini juga merupakan kesinambungan dari logo awal.
  7.   Bunga Anggerik
    • Bunga rasmi, kebangsaan Bandaraya Shah Alam. Pemilihan bunga Anggerik ini juga sejajar dengan konsep pembanggunan Bandaraya Shah Alam sebagai 'Bandar Taman'.
  8.   Corak Geometri Arasbesque
    • Melambangkan 6 matlamat utama yang menjadi teras pembangunan Bandaraya Shah Alam:
      • ​​Membangunkan sebagai sebuah Bandar yang bersepadu dan mampu bersepadu dan mampu bersepadu dan mampu berdikari menuju ke alaf baru, maju dan lengkap dengan kemudahan yang seimbang
      • Menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Selangor yang unggul dengan perkhidmatan yang cekap dan berterusan;
      • Merancang dan membangunkan Bandar Shah Alam secara teratur dan terkawal.
      • Menyediakan peluang-peluang ekonomi bagi pencapaian matlamat wawasan 2020;
      • Penerapan nilai-nilai Islam dalam mewujudkan persekitaran masyarakat madani, keseimbangan pembangunan fizikal, indan dan rohan​iah;
      • Mewujudkan suasana interaksi di Antara penduduk dari berbagai peringkat kedudukan sosio ekonomi.

Struktur Rekabentuk

  1.    Sistem Grid
    • Penggunaan struktur asas penting dalam melahirkan rekacipta logo. Di sini struktur grid persegi melintang dan menegak dijadikan asas panduan di mana aturan elemen-elemen rekabentuk seperti garisan, rupa dan taipografi digubah.
    • Penggunaan sistem grid empat persegi dalam pembentukan logo baru Majlis Bandaraya Shah Alam ini dapat melahirkan kesan penghayatan yang seimbang dan harmoni.​​​