​JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

Fungsi Jabatan

  1. Menganjurkan program pembangunan insaniah seperti mesra rakyat, ceramah ilmu, program motivasi di sekolah-sekolah Shah Alam
  2. Urusetia kepada Majlis Perwakilan Penduduk.

  3. Menyelaras dan menganjurkan aktiviti-aktiviti keagamaan, sukan, rekreasi, kebudayaan, kesenian dan pelancongan untuk kemudahan kakitangan dan orang ramai
  4. Memperkenalkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sukan, rekreasi, kebudayaan kepada penduduk Shah Alam dan
    pelancong luar

Piagam Pelanggan

  1. ​Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter tempoh 5 hari bekerja di semua jabatan/bahagian.

  2. Memproses bil-bil bayaran dalam tempoj 7 hari bekerja untuk serahan kepada jabatan Kewangan, tertakluk kepada dokumentasi yang lengkap.

  3. Mencetak kad jemputan bagi acara rasmi Majlis dan menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS)dalam masa 3 hari sebelum tarikh acara. (Tertakluk kepada penerimaan maklumat mengenai acara tersebut).

  4. Menyiapkan diari dan kalender Majlis sebelum 15 Disember setiap tahun.

  5. Menyiapkan Laporan Tahunan pada bulan Mei tahun berikutnya.

  6. Menerbitkan bahan cetakan Majlis :

    • Buletin MBSA - 24 kali setahun​

    • Risalah Bulanan MBSA - 10 kali setahun​

  7. Mengedarkan aduan akhbar ke jabatan berkaitan secara serta merta dan mendapatkan maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.

  8. M​emberi maklumbalas permohonan penggunaan/penyewaan :

    • ​Dewan Seksyen 4 dan Seksyen 19 - ​2 hari sebelum tarikh penggunaan​

    • Laman Budaya, Dataran Shah Alam dan Dataran Kemerdekaan - 7 hari sebelum tarikh penggunaan

    • Bas dan Coaster - 5 hari sebelum tarikh penggunaan (Tertakluk kepada polisi Majlis)​

    • Kenderaan Komuniti Majlis - 2 hari sebelum tarikh penggunaan​

    • Peralatan Keraian - 5 hari sebelum tarikh penggunaan​

  9. Memberi maklumbalas dan pengesahan penegdalian program-program kebudayaan dan kesenian dalam masa 5 hari bekerja sebelum tarikh program dijalankan.​

  10. ​Mengendalikan program-program kemasyarakatan (MBSA dan MPP) sekurang-kurangnya sebanyak 24 program sebulan. ​​​​