​JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

Fungsi Jabatan

  1. ​Penilaian – Menaksirkan Nilai Tahunan Bagi Maksud Cukai Taksiran,​ Caj Pemajuan Dan Caruman Membantu Kadar Seluruh Hartanah Berkadar Dalam Kawasan Majlis​​.

  2. ​Menyediakan Nilaian Premis Majlis U​​ntuk Maksud Insuran Kebakaran. ​

  3. Menyediakan Kadar Sewa Harta Majlis.

  4. Pengurusan Hartanah Milik Majlis.

  5. Pentadbiran Am Dan Kewangan Jabatan​.

     Fungsi Bahagian Penilaian

    1. Bertanggungjawab memastikan pegangan berkadar dinilai dan dimasukkan dalam Senarai Nilaian, mengikut tempoh yang dikehendaki di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

    2. ​Memastikan Penilaian Semula dijalankan setiap 5 tahun (tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri).

    3. Memastikan Pindaan kepada Senarai Nilaian dijalankan 2 kali setahun (4 Kali Notis Pindaan).

    4. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Mendengar Bantahan Nilai Tahunan sebanyak 4 kali setahun.

    5. Menentukan nilai tanah bagi maksud Caj Pemajuan.

    6. Menyediakan Senarai Sumbangan Membantu Kadar​.

     Fungsi Bahagian Pengurusan Harta

    1. Menguruskan penyewaan hartanah komersial milik Majlis dan hartanah institusi dibawah seliaa​​n Majlis.

    2. ​Menyediakan dan menguruskan penyelenggaraan kuarters kakitangan.

    3. ​Menguruskan tempahan dan penyelenggaraan rumah rehat.

    4. ​Menyelenggara harta-harta alih yang ditempatkan di rumah-rumah rehat.

    5. ​Mencadangkan dan menguruskan pembelian harta tanah bagi tujuan kegunaan rumah rehat.

    6. Melaporkan hasil kutipan Majlis secara bulanan di Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Cukai Dan Kutipan Hasil.

    7. ​Membuat lawatperiksa secara berkala ke atas harta-harta tanah milik Majlis bagi memastikan ianya dalam keadaan baik.

    8. ​Mencetak dan mengedarkan bil-bil sewaan kepada penyewa harta tanah milik Majlis.

    9. Mengeluarkan notis peringatan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan sewa dan menjemput untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Cukai Dan Kutipan Hasil.

    10. Membuat kutipan sewa daripada penyewa harta-harta Majlis.

 Piagam Pela​​​nggan

  1. Memastikan Pindaan kepada Senarai Nilaian dijalankan 2 kali setahun (4 Kali Notis Pindaan) seperti mana dikehendaki di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

  2. ​Mengemaskini permohonan pertukaran alamat surat menyurat pemilik pegangan yang diterima di kaunter Jabatan dengan serta merta.​

  3. Mengeluarkan keputusan Mendengar Bantahan (kes-kes pindaan) dalam tempoh 4 minggu dari tarikh Mesyuarat Mendengar Bantahan diadakan.

  4. Mengeluarkan Surat Pengesahan Cukai Taksiran (mengikut kes) dari tarikh penerimaan di kaunter jabatan tertakluk kepada permohonan yang lengkap.

  5. Bertanggungjawab menyediakan laporan tunggakan sewaan bulanan setiap bulan bagi semua harta Majlis yang disewakan untuk Mesyuarat jawatankuasa Kewangan.​

  6. Memproses permohonan carian maklumat yang diterima di kaunter Jabatan dengan serta-merta.

  7. Mengemaskini pertukaran hak milik melalui borang I/J yang diterima di kaunter Jabatan dalam masa 1 hari tertakluk kepada maklumat yang lengkap.