​CUKAI TAKSIRAN

Pengenalan

Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan kepada semua pegangan atau hartanah berkadar yang ada di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)​​​.

Akta

Kuasa untuk mengenakan Cukai Taksiran adalah selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dibawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis Bandaraya Shah Alam mengenakan kadar atas pegangan yang terdapat di dal​​am kawasan pentadbiran MBSA​​.

Bagaimana Nilaian Tahunan Ditentukan?

  1. Nilai Tahunan merupakan Anggaran Kasar Sewa Tahunan yang munsabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.

    ​NILAIAN TAHUNAN = AN​​GGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN​


     ​ ​​CONT​OH PENGIRAAN CUKAI TAKS​IRAN

    ​Kategori Pegangan​

    ​:

    ​Kediaman (Rumah Teres 2 Tingkat)

    ​Luas Bangunan

    ​:

    ​143.85 mp

    ​Anggaran Sewa skp

    ​:

    ​RM 4.85 smp

    ​Anggaran Sewa Kasar Setahun

    ​:

    ​143.85 mp x RM 4.85 smp = RM 697.67

    ​Anggaran Sewa

    ​:

    ​RM 700.00 x 12

    ​Nilaian Tahunan

    ​:

    RM 8,400.00

    ​Kadar

    ​:

    ​4%

    ​Cukai Taksiran Setahun

    ​:​

    ​RM 336.00

    ​Cukai Taksiran Sepenggal​​

    ​:

    ​RM 168.00​

                     
  2. Bagi Tanah Kosong, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% dari nilai harga pasaran tanah tersebut. Ia berpandukan dalam Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

    ​​ ​ ​CONTOH PENGIRAAN CUKAI TAKSIRAN TANAH KOSONG (KEDIAMAN)

    ​Kategori Pegangan​

    ​:

    ​Kediaman (Rumah Sesebuah)

    ​Luas Bangunan

    ​:​

    10,000 kp

    Nilai Pasaran skp

    ​:

    ​RM 40 skp

    ​Kadar T.K (Kediaman)

    ​:

    3.5%

    ​​Nilai Pasaran

    ​:

    ​10,000 kp x ​RM 40.00 skp

    ​Nilaian Tahunan

    ​:

    RM 400,000.00 x 10% = RM 40,000.00

    ​Cukai Taksiran Setahun

    ​:

    ​RM 40,000.00 x 3.5% = RM 1400.00

    ​Cukai Taksiran Sepenggal

    ​:

    ​RM​ 700.00​

​Kadar​

Str​uktur kadar yang dikuatkuasa sekarang adalah kadar yang berbeza-beza mengikut jenis kegunaan. Kadar-kadar yang telah diluluskan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:-

​​Jenis Pegangan​

​Kadar ​(%)
​Bangunan​Tanah Kosong
​Kediaman (Landed)​4.0​3.5
​Kediaman bertingkat​3.5​3.5
​Pangsapuri Servis​5.0​5.0
​Perdagangan​7.0​6.5
​Perindustrian​7.5​7.0
​Pertanian​2.0​1.0
​Tanah Kosong Untuk Pembangunan​-​3.5

Pengurangan Cukai Taksiran Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU)

  1. Kadar bagi OKU hanya digunapakai apabila permohonan diterima dari pemilik OKU.

  2. Walau bagaimana pun berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 11/2013 bertarikh 20 Mac 2013 meluluskan pengurangan 50% Cukai Taksiran kepada pemilik pegangan OKU yang memiliki dan menduduki rumah kediaman sahaja

  3. Tatacara permohonan pengurangan Cukai Taksiran bagi OKU adalah seperti berikut:-​

    ​i. ​Permohonan dibuat secara bertulis melalui Borang Permohonan Pengurang​an Cu​​​kai Taksiran untuk OKU yang disediakan oleh dan dihantar kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta melalui serahan tangan, emel, faks atau pos. Contoh borang seperti diLampiran 2.
    ​ii. ​Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan melakukan lawat periksa ke atas harta tanah b​agi mengesahkan harta tanah adalah didiami oleh pemohon dan bukan bertujuan disewakan.
    ​iii.

    ​Setiap permohonan hendaklah diperbaharui setiap tahun dengan cara :

    Temp​oh P​ermohonan​​​

    ​​Keputusan

    ​​Menghantar Borang Permohonan sebelum 28 Februari setiap tahun berik​utnya.

    Layak untuk kadar pengurangan setahun

    iv.​

    ​Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan membentangkan permohonan di Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan untuk kelulusan. Pelarasan semua pengurangan bayaran Cukai Taksiran OKU akan dilakukan oleh Jabatan Kewangan melalui proses pejernalan bagi akaun terbabit selepas penerimaan memo daripada Jabatan Penilaian dan Pengursan Harta (iaitu s​elepas diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan).​

    ​Muat Turun​

    ​​Boran​g Pengesahan Cukai Taksiran       borang pengesahan cukai taksiran

Hubungi

Seksyen Penialain
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Lif A, Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel     :     03-5522 2752 / 03 – 5510 5133 sambungan 1325
No. Faks  :     03 - 5513 8511
Emel        :     penilaian@mbsa.gov.my​​

Tempoh Bayaran

Cukai Taksiran perlu dibayar dua kali setahun iaitu pada :-

  • Penggal Pertama - 1 Januari Hingga 28 Februari.
  • Penggal Kedua - 1 Julai Hingga 31 Ogos.​

Tindakan Ingkar Patuh

Sekiranya Cukai Taksiran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan tersebut:- 

  1. Notis Denda Borang​​

    Mengikut Seksyen 147 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, notis berdenda dalam Borang E akan dikeluarkan supaya anda menjelaskan tunggakan dalam tempoh 15 hari. Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM20.00.​

  2. Waran ​(Borang F)

    Sekiranya dalam tempoh 15 hari anda masih gagal menjelaskan tunggakan, waran tahanan dalam Borang F akan dikeluarkan sebanyak 4% daripada jumlah tunggakan.

  3. Inventor​​i (Borang G)

    Pengeluaran waran membolehkan MBSA membuat inventori/ senarai dalam Borang G mengenai segala harta alih yang ditahan dalam harta/ premis yang senilai dengan jumlah tunggakan. Sekiranya dalam tempoh 3 hari tunggakan tidak dijelaskan, harta tersebut akan disita dan dijual melalui lelongan awam.

  4. ​Mena​​han dan Menjual Harta (Borang H)​

    Sekiranya jumlah tun​ggakan melebihi nilai harta alih, Borang H akan ditampal di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta dan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah jualan akan dijalankan.

  5. Tindakan Undang-undang

    Tindakan mahkamah untuk melelong harta tak alih​ berdasarkan peruntukan Seksyen 15 Akta 171 akan dijalankan oleh peguam Panel Majlis.

    ​Segala kos guaman dan kos tindakan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik dan akan dituntut sebagai sebahagian daripada tunggakan.​

Cara Bayaran​

Pembayaran bagi Cukai Taksiran boleh dibuat di ketetapan seperti di bawah:-

  1. ​Kaunter Bayaran Majlis

    • ​Kaunter Utama Tingkat G, Wisma MBSA.

    • Kaunter Pandu Masuk Wisma MBSA.

    • Pejabat Cawangan Sungai Buloh.

    • Pejabat Cawangan Kota Kemuning.

  2. Pihak Berkuasa Tempatan

    • ​​Semua kaunter bayaran Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah di nergeri Selangor

  3. Pejabat Tanah/ Daerah

    • Se​mua Pejabat Tanah / Daerah Negeri Selangor.

  4. ​​​Agensi Setempat

    • ​​​Pejabat Pos - Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

    • Tenaga Nasional Berhad - Shah Alam (Sebelum/ pada tarikh akhir bayaran)

    • Telekom Malaysia Berhad - Shah Alam (Sebelum/ pada tarikh akhir bayaran)

  5. Bank

    • ​​Bank Simpanan Nasional - Tunai

    • Ambank - Tunai 

    • Affin - Tunai dan Cek

    • Agro - Tunai dan Cek

    • Bank Muamalat - Tunai dan ATM

    • Bank Rakyat - Tunai dan ATM

    • ​​Bank Islam - Tunai, ATM dan Cek​​​

  6. ​​​​Kad Kredit

    • ​Visa

    • Master Card

  7. ​​Kad Caj

    • ​​​​​​​American Express

    • Diners Club

  8. ​Arahan Tetap

    • ​​​​​Auto Billing American Express

    • Direct Debit OCBC

    • Direct Access CIMB Bank

    • Maybank Autopay

    • Auto Debit Citibank

    • Hong Leong Bank American Express Autopay

  9. ​Portal Bank/ Agensi


    Hubungi

    Mohd Ashar Bin Kasim
    Majlis Bandaraya Shah Alam,
    Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
    Lif A, Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
    40000 Shah Alam, Selangor.

    No. Tel     :     03-5522 2892 / 03 – 5510 5133 sambungan 1444 ​
    No. Faks  :     03 - 5513 8511
    Emel        :     penilaian@mbsa.gov.my​​