PERMIT MENARA PEMANCAR / STRUKTUR TELEKOMUNIKASI (ATAS BANGUNAN)

Pengenalan

​​​​​​​​Buku Pelan Permit Binaan Sementara Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bangunan ini dikhususkan untuk struktur pemancar telekomunikasi atas bangunan sahaja di mana permohonan ini tidak perlu mendapatkan Kebenaran Merancang. ​
  

Cara Memohon​​

  1. ​​​Perunding perlu mendapatkan buku pelan setara ini di Kaunter 4 Jabatan Bangunan. Di dalam buku pelan setara ini terkandung 3 jenis struktur pemancar telekomunikasi atas bangunan iaitu jenis minimast, boom dan unipole. ​​  

​Syarat

  1. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan beserta dengan dokumen-dokumen berikut:-​
    • ​​​​​​​Borang A  dan 'Cover Letter' daripada jurutera perunding bertauliah.​
    • ​1 salinan Perjanjian Penyewaan (Tenancy Agreement) atau lain-lain yang berkenaan.​
    • 1 salinan Insuran Perlindungan Awam (Public Liability Insurance) terkini.​
    • 1 set laporan perkiraan rekabentuk struktur dari jurutera perunding bertauliah.​
    • 1 salinan surat dan 1 set pelan kelulusan pemasangan struktur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).​
    • ​Gambar berwarna keadaan semasa tapak yang dilekatkan pada Pelan Setara​.
    • ​Dokumen tambahan untuk pembinaan struktur pemancar telekomunikasi atas minaret :
    • ​1 salinan surat kelulusan daripada JAIS/MAIS (jika berkenaan).​
    • ​Borang permohonan  yang lengkap diisi oleh pemohon.​
    • 2 set pelan setara yang ditandatangani oleh pemilik struktur dan jurutera perunding bertauliah.​
    • Surat Akujanji untuk bertanggungjawab terhadap aduan dan sebarang masalah di tapak. ​​​  

Garis Panduan

  1. Buku Pelan Setara Bagi Permohonan Kelulusan Tambahan Pindaan Kediaman Ru​mah Teres 'Intermediate' Untuk Kelulusan 1 Jam boleh didapati di Kaunter 3, Jabatan Bangunan Tingkat 8, Lif A, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam dengan harga RM 50.00 senaskah.​​
  2. ​Pelan-pelan yang dikemukakan akan disemak oleh Pegawai Khidmat Nasihat  di Kaunter Jabatan Bangunan pada hari yang sama pelan-pelan tersebut dikemukakan. Sekiranya pelan-pelan tersebut mematuhi garis panduan yang telah disediakan maka bil proses serta wang cagaran akan disediakan oleh Petugas Kaunter untuk dijelaskan oleh pihak Pemohon. Pelan-Pelan yang telah dicop lulus, surat lulus serta dokumen kelulusan lain akan hanya diserahkan kepada Pemohon setelah bukti pembayaran diserahkan kepada Petugas Kaunter.  ​

Tempoh Bayaran​​​

Bayaran hendaklah dibuat pada hari yang sama pelan-pelan dikemukakan dengan syarat pelan-pelan tersebut telah mematuhi garis panduan permohonan yang telah disediakan.

Kadar​

Jadual Bayaran Yuran Proses Pelan Dan Permit Tahunan​

B​​​IL​ ​​PERKARA​​ BAYARAN
(RM​)
PROSES PELA​N​ ​​BAYARAN PERMIT TAHUNAN
1.

 STRUKTUR PEMANCAR TELEKOMUNIKASI

i.      Jenis 'Unipole'      

ii.     Jenis 'Boom'         

iii.    Jenis 'Minimast'    

 250.00​​

(setiap satu unit)

 2, 000.00​

(setiap satu unit)

  JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN 2, 250.00​

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UU​K)​ 

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS)​​

Tindakan Ingkar Patuh 
AKTA / ENAKMEN/UUK​​​​​ SEKSYEN KESALAHAN​
Akta Jalan, Parit  Dan Bangunan 1974 (Akta 133)   70 (1 ) Mendirikan ban​gunan (tambahan/pindaan kediaman) tanpa mendapat kebenaran bertulis / kelulusan daripada pihak Majlis
Akta Jalan, Parit  Dan Bangunan 1974 (Akta 133)   72(1) Meruntuhkan bangunan dalam masa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS) Per. 17, Jadual Pertama Bayaran tambahan (denda) akan dikenakan sebanyak 10 atau 20 kali ganda daripada bayaran yuran proses pelan sekiranya kerja-kerja tambahan pindaan telah dimulakan sebelum mendapat kelulusan daripada Majlis.​
Kaedah Bayaran 

​​Lokasi ​Kaedah
​​Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  1. ​​​Tunai
  2. Cek
  3. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSAAKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​​
 

Hubungi

Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 8, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
  

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1213/1471​​​​​
Faks: 03-5513 9472​​​​​
Emel: bangunan@mbsa.gov.my​​​​​​​​​​​​​​​​​​