Deparmental Joint Council Constitution

PERLEMBAGA​​​AN UNTUK MAJLIS BERSAMA JABATAN BAGI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM​

K​eahlian

Majlis Bersama Jabatan bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)(selepas ini disebut sebagai "Majlis") hendaklah mengandungi 37 orang ahli yang terdiri daripada :-​​

  1. ​17 orang Wakil Pegawai termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Bersama dan Ahli-ahli yang dilantik oleh Ketua Jabatan (selepas ini disebut sebagai "Pihak Pegawai"); dan ​

  2. ​20 orang Wakil Pekerja termasuk Pengerusi, Setiausaha Bersama dan Ahli-ahli yang dipilih oleh Kesatuan Sekerja (selepas ini disebut sebagai "PIhak Pekerja"). ​

Senarai Nama Pihak Pekerja Majlis Bersama Jabatan (Sesi 2017-2020)

BIL

​NAMA

JAWATAN

​JABATAN/ BAHAGIAN

1.

Sdra. Mustakim bin Mairin, PPT, PJK

Pengerusi

​Jabatan Kejuruteraan

2.

​Sdra. Hj. Noor Esa bin Sahid, PPC

Naib Pengerusi

​Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

3.

Sdra. Noorawi bin Mohd Esan

Setiausaha

​Bahagian Teknologi Maklumat 

​4.

Sdri. Rafidah binti Marjom

Bendahari

Bahagian Teknologi Maklumat 
5.

Sdra. Hairuddin bin Saidan

​Naib Setiausaha

​Jabatan Bangunan

​6.

Sdri. Rashidah Jantan

AJK Gred W (Kewangan/Sistem Maklumat)

​Jabatan Kewangan

7.

Sdri. Nasirah binti Rustum

AJK Gred J (Teknik)
​Jabatan Perancangan

8.

​Sdra. Zaifulhafizy bin Ladulah

AJK Gred F
(Kewangan/Sistem Maklumat)
​Bahagian Teknologi Maklumat

​9.

Sdra. Sallehudin bin Mohamed  Emran

AJK Gred KP
(Penguatkuasa/Keselamatan)
​Jabatan Penguatkuasaan

10.

Sdra. Roshanesmedy bin A. Rashid

AJK Gred N (Pentadbiran)
​Jabatan Khidmat Pengurusan

11.

Sdri. Nurul Ain binti Abu

AJK Gred N (Pentadbiran)
​Jabatan Khidmat Pengurusan

12.

Sdra. Thangaraju a/l Sundarajoo

AJK Gred N (Pentadbiran)
​Jabatan Bangunan

13.

Sdra. Safaruan bin Karimon, PPN

AJK Gred U (Kesihatan)
​Jabatan Kesihatan Persekitaran

14.

Sdra. Thanapalan a/l Subramaniam

AJK Gred H (Mahir/ Separuh Mahir)
​Jabatan Kejuruteraan

15.

Sdri. Jahlelawati binti Mohd. Ali

AJK Gred KP
(Penguatkuasa/Keselamatan)
​Jabatan Penguatkuasaan
​16.
​Sdra. Nik Yusoff  bin Nik Kar
​AJK Gred KP
(Penguatkuasa/Keselamatan)
​Jabatan Penguatkuasaan

17.

Sdra. Subari bin Supar

AJK Gred H
(Mahir/ Separuh Mahir)
​Jabatan Kejuruteraan
​18.
​Sdra. Anbarasan a/l Thanapal,  PJK  
​AJK Gred H
(Mahir/ Separuh Mahir)
​Jabatan Perancangan
​19.
​Sdra. Azmi Arif bin Mohd. Ali,  PJK  
​AJK Gred Lain-Lain Perhidmatan
​Jabatan Pembangunan Komuniti
​20.
​Sdri. Aziahtul Sakdiah binti Mustafa
​AJK Gred P&P
(Pegawai dan Profesional)
​Jabatan Khidmat Pengurusan

​Kekosongan yang berlaku di dalam keahlian Pihak Pegawai yang disebabkan oleh kekosongan pengisian jawatan berkenaan tidak akan dipenuhi oleh calon lain kecuali di dalam keadaan kekosongan itu berlaku dalam tempoh yang lama sehingga menjejaskan korum bagi mesyuarat. Di dalam keadaan sedemikian, Datuk Bandar setelah diperakui oleh majlis bolehlah memutuskan perlantikan keahlian Pihak Pegawai secara sementara sehingga jawatan berkenaan diisi.

Piha​k Pekerja

  1. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di Majlis Bandaraya Shah Alam dan dipilih oleh kumpulan pekerja yang mewakili pekerja-pekerja yang berkhidmat di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.​​ ​ ​

  2. Kekosongan yang beralku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan/ Persatuan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri.​​​ ​ ​

  3. Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh 2 tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/ dipilih.​

Pegawai-Pegawai Majlis​

Pegawai-pegawai Majlis adalah teridiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama.​​ ​Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.​

Tujuan

  1. Memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Majlis Bandaraya Shah Alam dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam Majlis Bandaraya Shah Alam dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan.​​ ​
  2. Mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja,
  3. Mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam.​​ ​

Bidang Dan Fun​gsi

Bidang dan fungsi Majlid hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut:

  1. ​​membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;

  2. membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;​ ​

  3. ​menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai jabatan; dan

  4. mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.​ ​​

Mesyuarat-Mesyua​rat

  1. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali (1) dalam masa tiga (3) bulan (4 kali setahun)​​​​.

  2. Kuorom bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada 2/3 orang daripada jumlah ahli Pihak Pegawai dan 2/3 orang daripada jumlah ahli Pihak Pekerja.​​