LESEN HIBURAN

Pengenalan

Permohonan Lesen Hiburan ini adalah lesen perniagaan/ perindustrian yang meliputi semua kawasan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Cara Memohon

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama empat (4) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan.​​​​​​
  3. Borang Permohonan Lesen Hiburan yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G.

Garis Panduan

Bil Kategori Jenis Hiburan Premis Yang Dibenarkan
1. Pusat Hiburan Awam
  • Disko
  • Dewan Tarian
  • Karaoke
  • Pub
  • Hotel
  • Rumah Kelab
  • Kompleks Perdagangan
  • Kompleks Membeli Belah
2. Pusat Istirehat
  • Lounge
  • Kafe
  • Karaoke Keluarga (di kelab-kelab sahaja dan ahli-ahlinya di daftarkan)
  • Snuker
  • Hotel
  • Rumah Kelab
  • Kompleks Perdagangan
  • Kompleks Membeli Belah
3. Pusat Hiburan Keluarga
    Kiddy ride", mesin simulator dan bentuk hiburan yang sesuai digunakan untuk semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak
  • Hotel
  • Rumah Kelab
  • Kompleks Perdagangan
  • Kompleks Membeli Belah

Syarat

  1. Waktu operasi premis tidak boleh melebihi jam 1.00 (satu) pagi.
  2. Menyediakan buku daftar pelanggan yang mengandungi maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat pelanggan.
  3. Bagi Aktiviti hiburan Karaoke pintu bilik karaoke hendaklah dipasang kaca telus cahaya dan hendaklah berukuran minimum 1' (lebar) x 3' (panjang).
  4. Pemilik mestilah menyediakan kaunter yang terang dan digalakkan terdapat pemasangan CCTV.
  5. Pelanggan dibawah umur 18 tahun tidak dibenarkan memasuki mana-mana pusat hiburan tanpa disertai oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
  6. Seseorang pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa pelaku-pelaku dalam mana-mana pusat hiburan berpakaian sopan. Mereka yang berpakaian seragam sekolah tidak dibenarkan atau berad​​a di tempat hiburan.
  7. Tiada hiburan yang lucah atau ganas boleh dibenarkan di tempat hiburan.
  8. Dilarang menjual minuman keras dan apa-apa benda yang boleh menghayalkan.
  9. Tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan GRO.
  10. Petugas/ Kakitangan premis hendaklah memakai pakaian seragam yang sopan.
  11. Bilik-bilik hendaklah mempunyai lampu yang terang.
  12. Hendaklah sentiasa mempamerkan lesen hiburan.
  13. Seseorang pemegang lesen hedaklah memastikan bahawa tiada pertaruhan,   loteri atau perjudian sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Rumah Terbuka 1953 atau Ordinan Pertaruhan 1953 dijalankan dalam suatu tempat hiburan.
  14. Tiada lesen boleh diluluskan untuk membuat tempat hiburan atau lesen hiburan sehingga pegawai pelesen berpuashati bahawa pembinaan premis, susunan tempat duduk, keperlua-keperluan perkhidmatan Bomba, pencahayaan, eletrik, gentian udara dan pemasangan mekanikal adalah mengikut undang-undang yang berhubung dengannya.
  15. Seseorang pemegang lesen hendaklah mengawasi paras bunyi yang disebabkan oleh hiburan yang disediakan di dalam tempat hiburannya dan memastikan bahawa bunyi demikian tidak mewujudkan kacau ganggu.
  16. Semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar adalah bebas dari halangan dan semua pintu adalah sentiasa tidak berkunci sewaktu masa beroperasi.
  17. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Polis dan mengemukakan kelulusan tersebut bersama-sama borang permohonan.​​

Ulasan Jabatan Teknikal

Terdapat 3 Jabatan Teknikal yang terlibat dalam memberikan ulasan iaitu:

  1. Jabatan Perkhidmatan Bandar
  2. Jabatan Bangunan
  3. Jabatan Perancangan

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

  1. Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor (1995)
  2. Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor (1996)
  3. Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan Penyeliaan) (Selangor) 1996.

Tindakan Ingkar Patuh

Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor (1995)
Bahagian IV

  1. Kuasa Untuk Menyiasat, Menangkap, Menyita, Melucuthakkan Dan sebagainya.
  2. Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor (1996)​ - Jadual Ketiga

​Kadar

Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​​GST​Jumlah Selepas
(GST)
​Jenis​%​
Bayaran ​Proses Permohonan - Perniagaan​​RM 100.00​
OS- RM 106.00
Penjualan Patil
​​
RM 7.00​ 
SR​ 
6​ 
​RM 7.42
SR - Standard rated supplies with GST Chrged (Kod Cukai)
OS - Out Of  Scope​

Muat Turun

  1. Carta Alir​​​ Permohonan Lesen Hiburan Muat Turun

  2. Borang Permohonan Lesen Hiburan Muat Turun

  3. Borang Permohonan Permainan Video dan Snuker Muat Turun

Kaedah Bayaran  

​​Lokasi ​Kaedah
  1. Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA​
  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA
  1. ​​​Tunai
  2. Kad Kredit
  3. Cek
  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​

Hubungi

Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

 

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1403/1485
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my