LESEN PENJAJA

Pengenalan

Permohonan Penjaja ini meliputi perkara berikut:

  1. Pasar Malam,
  2. Pasar Pagi,
  3. Bazarena Shah Alam,
  4. Penjaja Sementara,
  5. Gerai,
  6. Pasar,
  7. Kiosk .​

Cara Memohon

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13. 
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan.​​​​​​ 
  3. Borang Permohonan Lesen Penjaja yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13. 

Garis Panduan

Lampirkan dokumen seperti berikut:- 

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan pendaftaran perniagaan (ROC/ ROB) 
  3. Salinan dokumen pengesahan tempat tingaal (bil air/ elektrik/ cukai pintu). 
  4. Salinan gambar lokasi tapak dari setiap sudut​. 

Syarat

  1. Bayaran memproses permohonan tapak RM10.00 hendaklah dijelaskan semasa menghantar borang permohonan. 
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan. 
  3. Proses kelulusan tapak adalah bergantung kepada kekosongan petak/ laporan teknikal.​​ 
  4. ​Pemilihan juga adalah berdasarkan kepada kriteria atau kelayakan yang ditetapkan oleh Majlis. 
  5. Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan melalui mesyuarat JKPP pada setiap bulan.​  
  6. Permohonan dianggap gagal sekiranya pemohon tidak menerima apa-apa jawapan daripada Majlis selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima. 
  7. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat. 

Tempoh Bayaran

  1. B​ayaran​ p​roses perlu dibuat pada hari permohonan lesen. 
  2. Bayaran​ lesen perlu dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat kelulusan. ​​ 

Kadar

Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​​GST​Jumlah Selepas
(GST)
​Jenis​%​
Bayaran ​Proses Permohonan - Perniagaan​​RM 10.00​
OS- RM 10.00
Penjualan Patil
​​
RM 5.00​
SR​
6​
​RM 5.30​
SR - Standard rated supplies with GST Chrged (Kod Cukai)
OS - Out Of  Scope​

Muat Turun

  1. Carta Alir​​​ Permohonan Lesen Penjaja  carta penjaja
  2. Contoh Borang Permohonan​ Lesen Penjaja  ​borang penjaja 

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK) 

  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  2. UUK Penjaja (Majlis Bandaraya Shah Alam) 2007.
  3. UUK Pasar (Majlis Bandaraya Shah Alam) 2007​.

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi ​Kaedah
   
  1. Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA 
 

​​​Tunai 

 
 

Hubungi

Unit Penjaja, 
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

 

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1303/1396/1366/1549/1317
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my