​PERMIT UBAHSUAI KEDIAMAN KE ATAS PAGAR BARU / KEBUK SAMPAH

Pengenalan​

​​Permohonan ini adalah khusus untuk kerja pengubahsuaian pagar, pintu masuk utama dan Tinggi dan lebar bukaan​. 

Cara Memohon​​

  1. ​​​Pemohon hendaklah mengisi maklumat di dalam Borang Kebenaran Membina Pagar dan Kebuk Sampah seperti berikut:
    • Tajuk Cadangan​
    • Jenis Permohonan
    • Tandatangan Pemohon
    • Maklumat Pemohon​​​
  2. Pemohon hendaklah melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti:
    • ​Borang Permit Meletak Bahan Binaan
    • ​​Surat Kebenaran Jiran (jika ubahsuai melibatkan pagar permimeter yang bersempadan dengan jiran bersebelahan) 
  3. ​​Kemukakan permohonan tersebut ke Kaunter 1, Jabatan Bangunan.​​

Garis Panduan​​

Borang Kebenaran Membina Pagar Dan Kebuk Sampah dan Surat Kebenaran Jiran boleh dimuat turun untuk dicetak dan diisikan dengan lengkap.​ 

Syarat

  1. ​​​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan beserta dengan dokumen-dokumen berikut:-​
    • ​​Borang Permohonan Permit Meletak Bahan Binaan
    • Surat Kebenaraan Jiran (jika berkaitan)​
  2.   Syarat Rekabentuk Pagar​
    Bil​​​​​ Ketingg​ian​​​​ Jenis​

    ​Catitan

    1.

    900mm/3' 0"  

    600mm/2' 0"

    Dinding bata  

    'M.S Grill'

    Dilepa dan dicat kedua-dua belah permukaan. 

    Untuk pencahayaan dan pengudaraan.

    2. ​1500mm/5' 0" Dinding bata

    Dilepa dan dicat kedua-dua belah permukaan.

    Menyediakan 40% bukaan untuk pencahayaan dan pengudaraan

Tempoh Bayaran​​​

Resit-resit jelas perlu diserahkan ke kaunter jabatan bangunan pada hari yang sama sebagai bukti pembayaran. tanpa resit jelas tersebut permohonan tidak akan diproses. 

Kadar​

Perkara​​​ Bayaran ​
Proses Permit Wang Cagaran​
Permit Meletak Bahan Binaan​ RM 324.00 RM 200.00

Muat Turun

  1. Borang Kebenaran Membina Pagar Dan Kebuk Sampah dan Surat Kebenaran Jiran Muat Turun

Kaedah Bayaran

​​Lokasi ​Kaedah
​​Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  1. ​​​Tunai
  2. Cek Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​​
      

Hubungi

Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 8, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
 

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1213/1495
Faks: 03-5513 9472​​​​​
Emel: bangunan@mbsa.gov.my​​​​​​​​​​​